Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Tentera Ditemukan Lemas Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai

Seorang wanita yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Triang selepas kereta dinaikinya terjunam ke sungai ketika menemani suami memancing di Bera, ditemukan lemas pagi ini.

Menurut laporan Buletin TV3, mangsa Sakirah Akop, 31, ditemukan terapung oleh seorang pemancing kira-kira jam 8:40 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada Isnin lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadzli Zakaria berkata, pemancing terbabit segera memaklumkan penemuan itu kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Foto: Harian Metro

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadzil Zakaria berkata, mayat Sakirah Akop, 31, ditemukan terapung kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan mayat berkenaan.” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian kira-kira jam 1:50 petang Isnin lalu, mangsa bersama anak perempuannya yang berusia 16 bulan berada di dalam sebuah kereta ketika menemani suaminya, seorang anggota tentera yang sedang memancing di tepi Sungai Triang dekat Bandar Baru Bera.

Secara tiba-tiba, kereta yang dinaiki mereka menggelongsor ke dalam sungai.

Foto: Buletin TV3

Sakirah dikatakan sempat menyerahkan anaknya kepada suami ketika kereta hampir tenggelam.

Namun begitu, dia gagal menyelamatkan diri dan dihanyutkan arus deras sebelum hilang dari pandangan.

Sumber: Buletin TV3 (Fazli Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd