Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Setia Teman Suami OKU Penglihatan, Guna Teknologi Jadi Mata Kedua Lihat Dunia

Isteri setia teman suami OKU cacat penglihatan

Seorang isteri menjadi perhatian warganet setelah meluahkan rasa sebak dan bangga melihat suaminya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan mampu berdikari sendiri melihat dunia biarpun dengan cara yang berbeza.

Isteri setia teman suami OKU cacat penglihatan

@mrranggapnnadia

Saya edit video ini dengan perasaan sebak yang bangga 🥹🥹 Dia sangat berdikari orangnya. Explore dengan cara sendiri. Itinerary kami di Thailand, suami yang research dan rancang. Saya follow aja🥹 Thanks for everything sayang🌹 #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #explorethailand #relationshipgoals #okupenglihatan

♬ original sound – Fadhilah Intan – Fadhilah Intan

Menerusi hantaran di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nadia mendedahkan suaminya, Razlan hanya menggunakan teknologi bagi menikmati keindahan alam yang terbatas dari segi sudut pandang kaca mata penglihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suami saya seorang OKU penglihatan, dia suka naik train dan cara dia nikmati adalah dengan bunyi, bau sekeliling, pergerakan train dan angin.
“Salah satu cara lain dia ingin melihat alam sekeliling dengan menggunakan teknologi. Aplikasi Be My Eyes banyak bantu suami untuk mendapatkan maklumat visual melalui penerangan secara audio.
“Semangat dia untuk menerokai alam tuhan dan rasa ingin tahu yang tinggi itu buat saya kagum kepada suami. Moga Allah sentiasa melindungi awak, sayang,” kata Nadia, baru-baru ini.

Isteri setia teman suami OKU cacat penglihatan

Dalam pada itu, Nadia menzahirkan rasa bangga melihat suaminya mampu berdikari sendiri, biarpun memiliki sedikit kekurangan namun tidak menjadi penghalang untuk memahami dan melihat dunia semasa bercuti ke Thailand.

“Saya sunting video ini dengan perasaan sebak yang bangga, dia sangat berdikari orangnya, mengetahui dengan cara sendiri.
“Itinerari kami di Thailand semua suami yang sediakan dan rancang. Saya cuma ikut sahaja, terima kasih untuk segalanya sayang,” tambahnya lagi.

Isteri setia teman suami OKU cacat penglihatan

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya memuji suami isteri tersebut sebagai satu pasangan yang sangat hebat kerana sanggup berdepan pelbagai dugaan bersama dan mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Malah ada juga warganet berharap semoga di syurga nanti Razlan diberikan peluang melihat wajah isterinya yang menjadi mata kedua buat dirinya sepanjang menjalani bahtera rumah tangga bersama.

Suami kakak sangat hebat

Isteri setia teman suami OKU cacat penglihatan

Moga syurga buat awak

Isteri setia teman suami OKU cacat penglihatan

Senyum bila dia toleh akak

Artikel lain: Perkhidmatan Lif Tergendala, Tiga Individu Bantu Angkat Lelaki OKU Naik Tangga Dipuji

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, Nadia melangsungkan perkahwinan bersama Razlan pada 12 November 2021 dan menjadi mata kedua buat suaminya yang mengalami masalah penglihatan hilang upaya sepenuhnya semasa berumur 10 tahun.

Sumber: TikTok MrRanggaPnNadia

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd