Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Media Kekal Dilarang Liputan Saksi Kanak-Kanak

Media kekal tidak dibenarkan membuat liputan membabitkan keterangan saksi kanak-kanak dalam inkues  Zara Qairina Mahathir.

Tak benar kehadiran media pada inkues Zara Qairina

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Hakim Mahkamah Koroner, Amir Shah Amir Hassan telah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak berkepentingan dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Koroner, pada Khamis.

Inkues Zara Qairina melibatkan kanak-kanak

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat berkata, Hakim Koroner membangkitkan isu kehadiran media dalam inkues tersebut.

Pegawai pengendali mendapat arahan daripada ibu pejabat bahawa media tidak dibenarkan untuk berada di dalam inkues. Ada sebab-sebab tertentu dan ‘point-point’ yang diambil kira oleh Hakim Koroner.
“Pendirian kami ialah bersetuju sekiranya media dibenarkan berada di dalam dan juga kami senada dengan peguam yang mewakili tertuduh kanak-kanak yang pertama, mereka pun bersetuju.
“Peguam mewakili bapa Zara tidak bersetuju dan kami semua berhujah dengan baik dan akhir sekali Hakim Koroner memutuskan disebabkan oleh isu saksi kanak-kanak yang perlu dijaga, memutuskan agar mengekalkan status quo bahawa pasukan media tidak boleh berada di dalam prosiding inkues,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Walau bagaimanapun, katanya, pihak media masih boleh mendapatkan maklumat berhubung keterangan saksi kanak-kanak melalui pasukan peguam yang berada dalam prosiding berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prosiding inkues yang kini masuk hari ke-14 sudah selesai mendengar keterangan daripada tiga saksi kanak-kanak, termasuk seorang pelajar di sebuah sekolah di Papar.

inkues zara qairina

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Saksi Dakwa Arwah Dipanggil Senior Sebelum Menangis

Untuk rekod, Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asminin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Video sepasang suami isteri tunjuk aksi terlebih mesra ketika menjual ikan di siaran langsung TikTok telah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana terlihat...

Sosial

Apple kembali menjadi tumpuan ramai apabila mengeluarkan peranti terbaru siri iPhone 17 dan Malaysia merupakan negara terawal yang bakal membawakan peranti tersebut buat peminatnya....

Sosial

Petinju Muay Thai, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo menjadi perhatian ramai apabila bertanyakan beberapa soalan kepada adiknya iaitu Miki Ghazali setelah tewas...

Lokal

Tular sebuah video memaparkan satu peranti yang didakwa akan digunakan untuk melaksanakan sistem subsidi bersasar petrol RON95 pada hujung bulan ini sehingga mencuri perhatian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd