Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dokumen Meragukan, Imigresen Kedah Cekup 122 Pekerja Asing

Seramai 122 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam satu operasi penguatkuasaan di Kawasan Industri Padang Meha, Sungai Petani Rabu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam, melibatkan pemeriksaan terhadap 214 individu.

imigresen

Foto: Sinar Harian

“Hasil pemeriksaan, 121 lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 22 hingga 56 tahun ditahan dan dibawa ke Depot Imigresen Belantik untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel lain: Bawa Masuk Warga Asing, Dua Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,00

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebahagian besar dokumen pengenalan gagal dikemukakan, malah terdapat pasport yang meragukan dari segi cap keselamatan serta ketulenan maklumat.

Turut dikesan, syarikat pembinaan terbabit tidak mempunyai Letter of Agreement (LOA) dengan pembekal tenaga kerja, manakala Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang digunakan pekerja asing hanya sah untuk syarikat berdaftar di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
imigresen

Foto: Sinar Harian

“Lebih membimbangkan, syarikat juga gagal menyimpan rekod pekerja di pejabat sumber manusia.
“Malah, sistem Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) menunjukkan rekod perjalanan yang tidak lengkap, selain terdapat individu cuba melarikan diri ketika operasi,” ujarnya.
imigresen

Foto: Sinar Harian

Menurut Mohd Ridzzuan, JIM Kedah akan meneruskan siasatan termasuk pengesahan pasport, rekod perjalanan serta kaitan majikan dengan pekerja.

“Tiada kompromi terhadap majikan yang mengambil atau melindungi pendatang asing tanpa izin. Operasi bersepadu juga akan dipertingkatkan di kawasan panas yang dikenal pasti,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd