Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SUHAKAM Ingatkan Identiti 5 Remaja Akan Didakwa Kes Zara Qairina Tak Boleh Didedahkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menegaskan identiti lima remaja yang akan didakwa esok berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, tidak boleh sama sekali didedahkan kepada umum.

Identiti remaja bakal didakwa kes Zara Qairina adalah rahsia

Menurut kenyataan hari ini, SUHAKAM menzahirkan kebimbangan berhubung perkara itu kerana lima remaja terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.

“Mereka berhak mendapat perlindungan penuh bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman serta layanan yang adil.
“Identiti mereka tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung. Nama, gambar, sekolah atau sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman mereka, tidak boleh didedahkan kepada umum,” katanya.

Biarkan proses keadilan kes Zara Qairina berjalan dengan tertib

SUHAKAM menegaskan perbuatan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 Akta 611 yang membawa hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, SUHAKAM turut mengingatkan bahawa Mahkamah Kanak-Kanak adalah mahkamah tertutup mengikut Seksyen 12 akta sama, dan hanya pihak berkepentingan sahaja dibenarkan hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suruhanjaya itu berkata fokus utama kini ialah mengelakkan stigma berterusan terhadap kanak-kanak terbabit, selain menyeru semua pihak membiarkan proses keadilan berjalan dengan tertib dan berpaksikan undang-undang.

“Masyarakat perlu sedar bahawa buli, sama ada di sekolah atau dalam media sosial, tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk,” jelasnya.

kes zara qairina

SUHAKAM turut menggesa platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok mengemas kini dasar dalaman secara proaktif bagi mengesan serta memadam kandungan yang melanggar Akta Kanak-Kanak.

“Menunggu laporan atau permintaan untuk memadam kandungan, boleh membolehkan maklumat haram tersebar luas, sekali gus menjejaskan perlindungan yang dijamin oleh undang-undang,” tambah kenyataan itu.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Identiti Suspek Didakwa Belum Diketahui Peguam Keluarga

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima remaja terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 507c(1) Kanun Keseksaan atas pertuduhan mengugut dengan mengeluarkan perkataan bersifat mengancam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan itu berkait dengan perbuatan menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan terhadap seseorang.

Jabatan Peguam Negara sebelum ini turut menegaskan walaupun suspek didakwa atas kesalahan buli, siasatan polis berhubung kematian Allahyarhamah Zara Qairina masih berjalan termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah.

Sumber: Facebook SUHAKAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Nasional

Kementerian Luar Negeri mengesahkan semua rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga. “Kementerian...

Sosial

Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri mengesahkan bahawa kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette, telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd