Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Petani Terbeban Kos Pertanian Meningkat Tiap Tahun, Harga Lantai Padi Sepatutnya RM1,600 – Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan harga lantai padi sepatutnya ditetapkan pada kadar sekurang-kurangnya RM1,600 per tan berbanding RM1,500 yang diumumkan kerajaan hari ini.

Beliau berkata harga lantai belian padi pada kadar RM1,500 per tan yang diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Parlimen adalah kos minimum input yang terpaksa ditanggung petani, lapor Berita Harian.

Harga lantai padi sepatutnya RM1,600 – Sanusi

Harga lantai padi

Foto: Berita Harian

Ujarnya, harga lantai baharu itu dilihat masih tidak sepadan dengan kos yang terpaksa ditanggung petani berikutan berlaku kenaikan input pertanian yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa kadar minimum sepatutnya RM1,600 per tan, harga ini (RM1,500) masih di bawah kos. Kerajaan kena kawal harga input pertanian, kena kuat kuasa harga baja, racun bagi murah, baru petani dapat tampung.
“Kena sepadankan harga lantai dengan harga input pertanian. Kalau harga lantai padi dapat dikawal, kenapa harga input tak dapat dikawal?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Amanat 2025 Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah Negeri di Seri Mentaloon di Alor Setar pada Khamis.

Artikel lain: SPM 2024: 8,076 Calon Tidak Hadir Jawab Semua Kertas Peperiksaan

Dalam pada itu, beliau juga berkata apa yang menyebabkan petani terbeban selama ini adalah disebabkan kos input pertanian yang meningkatk setiap tahun, tetapi harga lantai belian padi kekal rendah sehingga mereka mengalami kerugian.

“Kerajaan kena usaha kurangkan kos, bagi subsidi diesel, racun dan baja. Tak dapat harga RM1,800 per tan maka input pertanian kena murah baru boleh balik modal. Masalahnya kos meningkat tetapi harga lantai tak meningkat.
“Kos input pertanian tinggi, harga lantai rendah, sebab itu orang bising. Kalau petani boleh cari makan, mereka tak akan bising. Harapan orang tinggi sampai tak tuai padi, tunggu harga dulu baru nak tuai,” ujarnya.

Foto: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyelaras harga lantai pada kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan sebelum ini berkuat kuasa 16 Februari depan.

Mohamad Sabu juga mengumumkan harga beras putih tempatan kekal pada RM2.60 sekilogram, yang mana kos pengeluaran sebanyak RM150 juta akan diserap kerajaan untuk tempoh enam bulan ini.

Beliau berkat ademikian ketika menyampaikan penerangan khas berkaitan isu beras dan harga lantai padi di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sumber: Berita Harian (M Hifzuddin Ikhsan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd