Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hannah bangga, ucap tahniah kepada Wei Chong-Kai Wun juarai Malaysia Masters 2025

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan kejayaan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjuarai Malaysia Masters 2025 sebagai detik bersejarah yang memberi bayangan kepada impian lebih besar iaitu emas dan perak untuk Malaysia di pentas Olimpik.

Dalam satu hantaran di Facebook, Hannah meluahkan rasa bangga dan teruja selepas menyaksikan perlawanan akhir penuh debaran yang menyaksikan dua pasangan beregu lelaki negara bertarung sesama sendiri di pentas akhir.

Foto: FB Hannah Yeoh

“Inilah bagaimana saya membayangkan perlawanan akhir Sukan Olimpik akan kelihatan seperti suatu hari nanti – emas dan perak untuk Malaysia”,tulisnya.

Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejayaan selepas menewaskan rakan senegara yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan keputusan 21-12, 15-21, 21-16 dalam pertarungan tiga set di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Hannah turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan atas pencapaian cemerlang mereka dan kemenangan ini menandakan gelaran kedua buat Man-Tee pada tahun ini selepas turut menjuarai Indonesia Masters 2025 pada Januari lalu.

“Tahniah kepada Man Wei Chong-Tee Kai Wun kerana dinobatkan sebagai juara beregu lelaki Malaysia Masters malam ini! Ini adalah gelaran kedua pasangan kebangsaan kami tahun ini, terjamin selepas kemenangan tiga perlawanan yang mendebarkan.
“Syabas juga kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana mara ke perlawanan akhir kedua mereka dalam masa seminggu,” katanya.

Foto: FB Hannah Yeoh

Hannah menyatakan bahawa detik seperti ini memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa bakat muda negara semakin menyinar dan berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Presiden BAM merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan kemenangan ini, Man-Tee menjadi beregu lelaki Malaysia pertama yang menjuarai Malaysia Masters sejak kali terakhir dicapai oleh Goh V Shem-Lim Khim Wah pada tahun 2013.

Foto: FB Hannah Yeoh

Bagi Hannah Yeoh, kemenangan ini bukan sekadar kejayaan sukan, tetapi simbol harapan bahawa impian emas Olimpik buat Malaysia mungkin semakin hampir.

Sumber: Facebook (Hannah Yeoh)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd