Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian.
Namun, seperti mana-mana istiadat rasmi lain, majlis konvokesyen mempunyai peraturan, protokol dan adab yang perlu dipatuhi demi menjaga kesempurnaan dan kewibawaan acara.
Sehubungan itu, UiTM sebelum ini turut mengingatkan para graduan supaya sentiasa menjaga adab di atas pentas serta melarang sekeras-kerasnya perbuatan membuat isyarat atau meminta penganugerah untuk melihat kamera ketika sesi pengambilan skrol.
Artikel lain: Graduan Sanggup Terbang Ke Indonesia Demi Pre-Convo Di Bromo, Undang Perhatian Dua Negara
Malah, para graduan turut diminta menghormati penganugerah sebagai tanda menghargai istiadat yang dijalankan.
Walau bagaimanapun, tular di media sosial sebuah video yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.
Melalui satu perkongsian di Threads oleh pengguna @pa.eh, ramai yang mengecam tindakan seorang graduan yang dikatakan meminta penganugerah menoleh ke arah kamera pada saat dia menerima skrolnya.
Perkongsian itu turut dimuatkan dengan komen pedas daripada netizen yang berasa tindakan tersebut tidak wajar.
“Macam tu ja dia suruh permaisuri tengok kamera demi gambar dia. Memalukan UiTM ja, harap budak ni digantung sijil konvo dia dan ambik satu sem lagi kos adab,” tulisnya.
Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang graduan lelaki mengangkat tangan sambil memberi isyarat meminta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menoleh ke arah kamera, dipercayai bagi mendapatkan gambar yang lebih sempurna.
Tindakan spontan itu bagaimanapun dianggap tidak menghormati kedudukan dan peranan penganugerah, apatah lagi ketika majlis rasmi yang penuh adat seperti konvokesyen.
Ekoran insiden tersebut, semakin ramai warganet menyuarakan rasa tidak puas hati kerana berpendapat tingkah laku sedemikian mencemarkan kemuliaan istiadat.
Bahkan, ada yang menggesa pihak universiti memperketatkan etika pentas dan terus menekankan kepentingan adab supaya perkara sama tidak berulang pada sesi-sesi akan datang.
Secara keseluruhannya, isu ini menjadi peringatan bahawa walaupun konvokesyen merupakan hari kegembiraan bagi setiap graduan, namun adab, protokol dan rasa hormat kepada penganugerah tetap perlu dijunjung.
Sesungguhnya menjaga tingkah laku ketika berada di atas pentas bukan sahaja mencerminkan imej universiti, tetapi juga menggambarkan keperibadian graduan itu sendiri.
UiTM setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung video tular tersebut, namun peringatan awal universiti jelas menunjukkan bahawa institusi itu amat menitikberatkan aspek adab dan disiplin dalam setiap istiadat yang dijalankan.
Ini ke standard pelajar UiTM
Tak datang rehearsal la tu
Tak ada adab
Sumber: Threads @pa.eh







































