Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Firdaus Wong Tidak Setuju Himpunan Turun Anwar, Seru Fikir Kesan Jangka Panjang

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyatakan pendirian tidak bersetuju terhadap penganjuran demonstrasi Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung di ibu negara, esok.

Firdaus Wong nasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan kemarahan mengatasi kewarasan

Menurut laporan Malaysia Gazette, Firdaus berkata, demonstrasi jalanan bukan sahaja memberi kesan kepada peserta, tetapi turut menjejaskan keseluruhan masyarakat dan negara, khususnya dalam aspek kestabilan ekonomi dan sosial.

firdaus wong

Foto: Kosmo!

“Menerusi pengalaman sejarah sejak 1998, 2007 hingga 2016, kita lihat bahawa demonstrasi jalanan tidak pernah menjatuhkan Perdana Menteri secara langsung.
“Perubahan hanya berlaku melalui pilihan raya atau rundingan politik, bukan dengan turun ke jalan,” katanya.

Firdaus turut mempersoalkan sama ada wajar kestabilan negara dikorbankan hanya kerana rasa marah dan tidak puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri.

Katanya lagi, penganjuran demonstrasi juga lazimnya melibatkan pelbagai kos tersembunyi termasuk gangguan lalu lintas, penutupan jalan, kerugian perniagaan, ketakutan pelancong serta keraguan pelabur.

“Dalam keadaan ekonomi yang masih rapuh, adakah ini satu langkah yang bijak dan tepat?” soalnya.

Artikel lanjut: 15,000 Dijangka Sertai Himpunan ‘Turun Anwar’, Polis Kerah 2,000 Anggota Kawal Keselamatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, sekiranya rakyat benar-benar mahukan perubahan, ia harus datang menerusi pendekatan yang membina, bukan merosakkan.

“Mungkin ada yang hadir dengan niat baik demi negara, tetapi bagaimana pula dengan mesej yang kita sampaikan kepada generasi akan datang?
“Adakah kita sedang mengajar mereka bahawa setiap kali pemimpin gagal, solusinya adalah demonstrasi dan bukan melalui saluran sah serta matang?” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Firdaus turut memetik kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun 2023 yang menyatakan bahawa demonstrasi jalanan tidak ditolak sepenuhnya, namun boleh mencetuskan konflik sesama rakyat seperti pergaduhan dengan pihak polis dan tentera.

Beliau juga mengimbas kenangannya menyertai pertemuan Pemuda PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, di mana ketika itu pendekatan politik matang dan sejahtera tanpa banyak demonstrasi diketengahkan melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

firdaus wong

Foto: FB Firdaus Wong Wai Hung

“Perubahan positif ini seiring dengan nasihat dan prinsip yang pernah disebut oleh tokoh-tokoh besar dalam parti,” jelasnya.

Mengakhiri kenyataan, Firdaus menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan kemarahan mengatasi kewarasan dan tidak membiarkan kekecewaan memadamkan pertimbangan.

“Saya tidak minta anda menyokong mana-mana pihak, tetapi saya menyeru semua agar berfikir secara mendalam mengenai kesan jangka pendek dan panjang sebelum bertindak.
“Demonstrasi mungkin melegakan emosi, tetapi jarang menyelesaikan masalah. Esok bukan hanya soal siapa yang turun, tetapi siapa yang akan menanggung akibatnya,” tegasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Khuzairi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd