Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ejen Tarik Kereta Ditahan Selepas Halang Laluan Di Lebuh Raya

Seorang lelaki dipercayai ejen tarik kereta ditahan polis selepas tindakannya bersama beberapa individu lain menghentikan kenderaan secara melintang di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, tular di media sosial.

Ejen tarik kereta salah seorang daripada tiga pemilik kenderaan yang terlibat

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam Rabu di kawasan Seremban.

ejen tarik kereta

Foto: Sinar Harian

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana ingin menarik sebuah kereta. Mereka hanya menghentikan kenderaan buat seketika,” katanya.

Menurutnya lagi, ejen tarik kereta itu merupakan salah seorang daripada tiga pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden itu dan usaha mengesan dua lagi individu masih diteruskan.

Artikel lain: Disyaki Ugut & Sebar Gambar Aib Guru, Ejen Insurans Direman 2 Hari

Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 35 saat memaparkan tiga buah kenderaan diletakkan secara melintang di tengah laluan lebuh raya, sehingga mengganggu aliran trafik dan mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ejen tarik kereta

Foto: Carian Google

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana tindakan yang membahayakan keselamatan dan mengganggu kelancaran trafik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak di talian 010-582 5384, Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim (019-799 2519), atau Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-685 1999.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd