Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ed Gale, Pelakon Watak Chucky Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Pelakon Ed Gale yang memainkan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 61 tahun.

Ed Gale, pelakon watak Chucky meninggal dunia

Ed Gale, pelakon watak Chucky meninggal dunia

Pemergian Ed dimaklumkan oleh anak saudaranya iaitu Kayse Gale di media sosial yang mengkhabarkan berita pemergian pelakon berkenaan di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Namun begitu, punca kematian Ed enggan didedahkan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menerusi hantaran di Facebook, Kayse sempat memuat naik beberapa keping gambar mengenang kembali perjalanan kerjaya bapa saudaranya sebelum dikenali ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ed Gale, pelakon watak Chucky meninggal dunia

“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan bapa saudara saya, Ed sudah meninggal dunia.
“Saya masih ingat masua umurnya 20 tahun, dia (Ed) berhijrah ke California dengan hanya membawa wang sebanyak $41 (RM170) untuk mencapai impiannya sebagai pelakon,” kata Kayse di Facebook pada Rabu.
Ed Gale, pelakon watak Chucky meninggal dunia

Foto: Yahoo

Artikel lain: Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

Untuk rekod, Ed mula muncul di kaca televisyen menerusi lakonannya berjudul 1986 Howard the Duck sebelum membintangi watak Chucky, iaitu anak patung yang dimiliki oleh pembunuh bersiri dalam filem Child’s Play pada 1988.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Ed telah membintangi lebih 130 buah filem ternasuk program televisyen dan iklan komersial.

Sumber: Facebook Kayse Gale

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Nasional

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof menegaskan bahawa transformasi inovatif sistem bekalan elektrik adalah nadi utama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd