Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Status Terjawab! Dua Beradik Lemas Disahkan Beragama Islam, Dikebumi Petang Ini

Dua Beradik Lemas Disahkan Beragama Islam,

Dua beradik yang maut dalam tragedi kereta mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, minggu lalu disahkan sebagai beragama Islam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata keputusan itu dibuat sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, sekali gus membolehkan urusan pengebumian dilaksanakan petang ini.

“Dua beradik berkenaan telah diputuskan sebagai beragama Islam dan jenazah dijangka bakal dikebumikan petang ini juga,” katanya ketika dihubung Utusan Online, hari ini.

Dua Beradik Lemas Disahkan Beragama Islam

Terdahulu, media melaporkan dua beradik tersebut meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki mereka mengelongsor ke dalam sungai di Tanjung Agas, Linggi, Port Dickson pada Khamis lalu.

Susulan tragedi itu, dua individu ditahan reman selepas memberikan keterangan meragukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Beradik Lemas: Bapa & Seorang Wanita Ditahan, Beri Keterangan Meragukan

Hasil semakan mendapati suspek lelaki terbabit mempunyai 16 rekod lampau dengan empat daripadanya masih berstatus dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Selain itu, kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut juga dilaporkan sebagai kenderaan hilang.

Setakat ini seramai 15 individu termasuk ibu kepada dua beradik yang maut akibat lemas telah diambil keterangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Online (Nor Ainna Hamzah)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd