Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dua Beradik Lafaz Syahadah, Ibu Bapa Sukarela Lihat Anak Peluk Islam

Dua beradik membuat keputusan besar dalam hidup mereka apabila memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah, menyatakan iman kepada Allah dan Rasulullah SAW.

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah,” lafaz Avinesh dan abangnya, Harikrishnan.

Kisah proses pengislaman tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, At Turabi Daud dalam group Bandar Baru Bangi Community sehingga menerima hampir 5,000 tanda suka dalam kalangan warganet.

Menurut At Turabi, kedua-dua beradik itu mula menunjukkan minat mendengar lantunan selawat kepada Rasulullah SAW, sehingga ada masanya tertidur sambil mendengar.

At Turabi berkongsi, minat berkenaan terus berkembang apabila dua beradik berkenaan turut menerima perkongsian tentang Islam daripada rakan-rakan sekeliling mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhirnya, setelah melalui proses mengenal dan memahami Islam, mereka membuat keputusan sendiri untuk melafazkan syahadah.

“Bermula dengan minat mendengar lantunan selawat kepada Habibuna Rasulullah SAW hingga tertidur dan perkongsian tentang islam oleh rakan sekeliling mereka berdua,” katanya pada Isnin.

Malah tambah At Turabi lagi, detik istimewa itu lebih bermakna kerana kedua ibu bapa mereka turut menyaksikan, dengan penuh keikhlasan memberi sokongan kepada anak-anak yang memeluk Islam.

“Turut menyaksikan syahadah mereka ialah kedua ibu ayahnya yang sukarela anak mereka memeluk Islam.
“Doakan moga moga kedua ibu ayahnya bakal menyusul juga melafazkan syahadah. Dan Islam ini membugar segar menyerap ke dalam hati mereka yang belum beriman,” ujarnya.

Sumber: Facebook Bandar Baru Bangi Community

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa penganjuran tiga kejohanan utama melibatkan sukan futsal dan bola sepak pantai peringkat kebangsaan pada musim ini terpaksa dibatalkan....

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd