Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Anak Doktor Didakwa Edar 35.58 KG Bahan Terlarang

Dua beradik anak kepada seorang doktor di Ketereh, di Kota Bharu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan berasingan mengedar dadah jenis kanabis seberat 35.58 kilogram pada 5 Ogos lalu.

Anak doktor edar bahan terlarang

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Ahmad Ammar Rusydi Mohd Hanafi, 23, dan abangnya, Mohammed Hibatul-Alimi, 34, didakwa di hadapan Majistret Rais Imran Hamid serta Majistret Wan Mohd Izzat Wan Abdullah.

anak

Foto: Sinar Harian

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ammar Rusydi didakwa mengedar 14.78 kilogram kanabis di sebuah rumah di Kampung But, Ketereh pada jam 4.30 pagi.

Manakala, abangnya Mohammed Hibatul-Alimi pula didakwa mengedar 20.8 kilogram dadah sama di lokasi, tarikh dan waktu serupa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pasangan Doktor Disiasat JAIM, Berdepan Tindakan Buang Kerja

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan maksimum 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli dan Nur Haziqah Hassan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 dan 27 Oktober depan sementara menunggu laporan kimia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
anak

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Ahmad Ammar Rusydi turut berdepan satu lagi pertuduhan berasingan kerana memiliki senjata api jenis Glock AEKZ847 Mariner 9×19 USA bersama 16 butir peluru hidup di tempat dan tarikh sama.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah. Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sekurang-kurangnya enam sebatan jika sabit kesalahan.

anak

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam sama.

Mahkamah menetapkan 22 September depan untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd