Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

20 Pegawai Bank Akan Didakwa Menerusi Op Sky

Seramai 20 pegawai bank dijangka berdepan pertuduhan di mahkamah hujung September atau awal Oktober ini, susulan pendedahan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan pinjaman bernilai kira-kira RM700 juta yang diluluskan kepada penjawat awam.

Siasatan Op Sky

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pertuduhan itu akan dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi siasatan khas dikenali sebagai Op Sky.

Beliau memaklumkan, SPRM telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan proses pelucuthakan bagi mendapatkan semula wang tunai berjumlah RM250 juta yang kini sedang berjalan.

“Sekiranya tidak ada penyelesaian membabitkan wang tunai itu maka akan ada pihak yang dituduh di mahkamah kerana tidak bersetuju membuat recovery (mendapat balik) wang itu…
“…mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.
Op Sky

Foto: Bernama

Azam berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Artikel lain: Disyaki Minta Rasuah, Pegawai Kanan Polis Antara Lima Anggota Ditahan SPRM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, SPRM berjaya membongkar sindiket rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan kerjasama antara syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Tindakan itu susulan penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi, termasuk kediaman dan pejabat sekitar Lembah Klang, menerusi Op Sky.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd