Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Didakwa Bunuh 3 Penuntut UiTM Dungun, Wanita Layak Dibicara

Mahkamah Majistret di Dungun, hari ini memutuskan pemandu wanita yang dituduh bunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun, boleh dibicarakan.

Memetik laporan Harian Metro, Majistret Nur Amira Fatihah Osman membuat keputusan itu dan menetapkan 20 Februari depan sebagai tarikh pendakwaan semula terhadap tertuduh, Norizan Ismail, 50.

Pemandu wanita bunuh penuntut UiTM layak dibicara

wanita bunuh penuntut uitm

Foto: Kosmo

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman pada prosiding sebutan untuk laporan psikiatri tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada prosiding hari ini, Nor Azhani memberitahu mahkamah bahawa tertuduh layak dibicarakan berdasarkan laporan psikiatri yang diterima daripada hospital Permai Johor.

Dalam pada itu, Nor Azhani kemudiannya memohon satu tarikh bagi mendakwa tertuduh dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Ketika prosiding itu juga, tertuduh yang diwakili peguam Norhabibah Norulazhar kelihatan bingung serta tidak mengingati nombor kad pengenalannya sendiri ketika ditanya jurubahasa.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Norizan didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun iaitu Muhammad Akmal Md Tukirim, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.

Berikutan itu, mahkamah memutuskan tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani rawatan psikiatri.

Selain tiga pertuduhan itu, Norizan turut dituduh mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana cubaan membunuh hingga menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi penuntut UiTM.

Sumber: Harian Metro (Rosli Ilham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd