Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Detik Cemas Di Bilik Air, Bayi Sulung Dilahirkan Secara Songsang Meninggal Dunia

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman mereka di Puncak Alam, pada 19 November lalu.

Perkongsian Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Cai di laman Facebook menceritakan detik cemas yang dialami keluarga itu apabila si ibu tiba-tiba mengadu sakit seperti tanda mahu bersalin.

Wan Cai bercerita, panggilan pertama ke talian 999 tidak berjawab menyebabkan suami mangsa semakin panik di mana ketika itu, si ibu yang menahan kesakitan melangkah ke bilik air dan proses kelahiran berlaku secara mengejut.

“Di situ, dia mendapati isterinya sudah terbaring dilantai, dengan bayi telah keluar dari bahagian kaki hingga ke paras leher dalam keadaan songsang.
“Si suami memegang tubuh bayi yang masih tersangkut pada rahim, tetapi tidak berani menariknya keluar walaupun didesak oleh isterinya.
“Dalam keaadan sakit dan lemah, si ibu terus berusaha meneran berulang kali sehingga akhirnya kepala bayi berjaya dilahirkan sepenuhnya,” tulis Wan Cai lewat malam tadi.

Bercerita lanjut, Wan Cai berkata tatkala operator kecemasan berjaya dihubungi semula, si suami dibimbing untuk melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) pada bayi, namun tiada sebarang tindak balas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Petugas perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.

Pengurusan jenazah dalam suasana pilu

Ibu dan bayi dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tindakan lanjut termasuk bedah siasat.

Jasad bayi, Muhammad Amir Faris kemudian diserahkan kepada UKVJ untuk diuruskan sebelum dikebumikan.

Menurut Wan Cai, suasana pengurusan jenazah amat menyentuh hati khususnya ketika si bapa diberi peluang memandikan anaknya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kelihatan berkali-kali si bapa mengalirkan air mata, meratapi kehilangan anak yang dinanti.
“Alhamdulillah, jasad adik Muhammad Amir Faris telah kami uruskan sehingga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang selepas solat Zuhur (20 November).
“Di akhir kisah sedih ini, si ibu turun dari kereta untuk melihat pusara kecil anaknya. Terdengar tangisan bersama kata² kesal ‘Maafkan mama’ diungkapkan oleh si ibu, membuatkan kami tidak dapat menahan sebak,” kongsinya.

Pada masa yang sama, Wan Cai turut menzahirkan doa agar pasangan itu diberikan kekuatan menghadapi ujian berat selain emaklumkan bahawa pihak UKVJ telah melaksanakan amanah sepenuh hati.

“Alhamdulillah, amanah yang Allah beri telah kami tunaikan dengan sepenuh jiwa.
“Kos liang lahad untuk anak syurga itu berjumlah RM250 juga telah dibayar menggunakan dana Wakaf Liang Lahad.
“Semoga kedua ibu bapa dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian pemergian anak tercinta,” jelas Wan Cai.

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah insiden melibatkan treler yang melanggar sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh baru-baru ini menjadi tular, menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan...

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Dalam dunia yang sering dipenuhi kesibukan dan sikap mementingkan diri, sebuah rakaman ringkas di media sosial muncul sebagai pengingat bahawa nilai kemanusiaan masih hidup...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd