Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Lelaki Dipenjara 6 Bulan, Denda Curi Tabung Masjid

Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun didakwa mencuri tabung masjid di Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Februari lalu, lapor Berita Harian.

Penjara, denda curi tabung masjid

Tiga daripada mereka K Tineshuaran, 26; R Nishanraj, 22; dan SR Danesh, 27 didakwa di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman, manakala remaja itu dituduh dalam prosiding tertutup khas.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan mencuri secara bersama pada kira-kira jam 4 pagi pada tarikh tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan bagi kesalahan berulang, boleh dikenakan penjara, denda atau sebat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan pengakuan bersalah itu, Muhammad Syafiq menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula hari ini dan denda RM4,000 kepada ketiga-tiga lelaki dewasa.

curi tabung masjid

Foto: Berita Harian

Sekiranya gagal membayar denda, mereka akan menjalani tambahan tiga bulan penjara.

Bagi remaja 17 tahun, mahkamah membenarkan ikat jamin RM1,500 bersama seorang penjamin dan menetapkan 28 April ini untuk serahan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel lain: Geng Curi Tabung Masjid Miliki Rekod Jenayah, Salah Seorang Positif Bahan Terlarang

Timbalan Pendakwa Raya Muaz Khawarizmi Azfar mengendalikan pendakwaan, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Swinder Singh dan Ashrul Haikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum hukuman dijatuhkan, pihak pembelaan memohon penangguhan dengan alasan ketiga-tiga tertuduh merupakan penanggung keluarga dan ini adalah kesalahan pertama mereka.

Namun, permohonan itu ditolak kerana mahkamah tidak melihat sebarang keperluan khas.

Sumber: Berita Harian (Norazmira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani...

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Nasional

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi antara agensi penguat kuasa terawal menyahut tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memburu secara agresif individu disyaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd