Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

DBP Tegas Guna Bahasa Kebangsaan Pada Papan Tanda Atau Iklan, Hormati Undang-Undang Kecil PBT

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan penggunaan perkataan dalam bahasa kebangsaan perlu diberikan keutamaan dari segi saiz dan kedudukan dalam mana-mana papan tanda atau iklan seperti ditetapkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Memetik laporan Berita Harian, DBP menjelaskan bahawa, mengikut Undang-Undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa asing dalam satu papan tanda atau iklan yang sama tidak dilarang sama sekali.

Foto: UtusanMalaysia

Selain itu, DBP turut menyokong sepenuhnya tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik premis yang mempamerkan iklan tanpa lesen yang sah serta tidak mengutamakan bahasa kebangsaan pada papan tanda iklan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemilik premis pastinya mengambil maklum akan undang-undang itu apabila memperbaharui lesen perniagaan pada setiap tahun.
“Amat mendukacitakan apabila pelanggaran terhadap undang-undang ini dibuat secara terang-terangan dengan pelbagai alasan, malahan terdapat segelintir pemilik premis berani menaikkan iklan yang tidak langsung menggunakan bahasa kebangsaan dan beroperasi tanpa lesen yang sah,” katanya.

DBKL: Papan iklan wajib guna bahasa kebangsaan, huruf bahasa lain kecil

Foto: SuaraKeadilan

Tambah DBP lagi, sebagai warganegara yang bertanggungjawab, seharusnya menghormati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

DBP juga menyatakan hasratnya untuk bersedia bekerjasama dengan peniaga untuk memastikan iklan mereka mematuhi peraturan ini.

“DBP juga bersedia memberikan panduan dan sokongan kepada peniaga dalam proses ini melalui perkhidmatan pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan pada paparan iklan (papan iklan luar, papan premis, iklan tiang, gegantung, pelabelan, iklan badan kenderaan, risalah dan poster),” ujarnya.

Biodata Tiong King Sing, Menteri Pelancongan

Foto: eCentral

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, isu papan tanda dan iklan berbangkit selepas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataannya mempertikai tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL.

Ekoran itu, beliau mendakwa tindakan itu telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, selain wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong yang mempersoalkan tindakan itu.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd