Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

DBKL Perketat Latihan Penguat Kuasa, Elak Insiden ‘Peniaga Belon’ dan ‘Kakak Gigit’ Berulang

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap latihan penguatkuasaannya bermula tahun hadapan.

Menurut laporan Harian Metro, langkah ini diambil susulan insiden melibatkan ‘peniaga belon’ dan ‘Kakak Gigit’ yang tular sebelum ini, bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

dbkl

Foto: Harian Metro

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif memaklumkan bahawa kursus dan latihan yang bakal diberikan kepada pegawai penguat kuasa akan melalui empat fasa utama.

Fasa pertama menumpukan kepada latihan rejimental seperti kawad kaki, latihan jasmani serta asas seni mempertahankan diri selama sebulan.

Artikel lain: Abang Belon Mula Langkah Saman DBKL, Dakwa Cedera Serius Akibat Kekecohan!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, fasa kedua membabitkan latihan sambil bekerja di lokasi sebenar iaitu di bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman, juga selama sebulan.

“Fasa ketiga membabitkan kelas perundangan yang berlangsung selama 45 hari serta fasa keempat, latihan kawad kaki dan persiapan tamat latihan kursus selama tiga minggu,” katanya.

Bagi memperkasakan latihan, DBKL turut mendapatkan kerjasama daripada Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk turut sama menyumbang dalam aspek latihan dan pembangunan kemahiran.

dbkl

Foto: Carian Google

Datuk Seri Maimunah menegaskan bahawa penampilan serta ketrampilan anggota penguat kuasa yang berpengetahuan dan yakin diri mampu memberi gambaran positif kepada masyarakat, sekaligus meningkatkan imej DBKL secara keseluruhan.

“Tugas menguatkuasakan undang-undang adalah salah satu tunjang kepada fungsi dan tanggungjawab Jabatan Penguatkuasaan dalam memberikan nilai positif kepada warga kota selain mendidik warga kota melalui tindakan penguatkuasaan.
“Dalam erti kata lain, warga kota akan lebih mempercayai dan menghormati pegawai dan anggota penguat kuasa di lapangan,” ujarnya.

Katanya, Jabatan Penguatkuasaan DBKL merupakan jabatan yang sentiasa dipandang dan dijadikan rujukan oleh warga kota serta pihak berkuasa tempatan lain.

dbkl

Foto: BH

“Harapan saya agar jabatan ini tetap meneruskan legasi serta imej baik yang akan dibina ini pada masa hadapan.
“Selain itu, saya amat berharap agar Jabatan Penguatkuasaan dapat memperkukuh kerjasama strategik dengan semua agensi lain di Kuala Lumpur demi membentuk rangkaian komuniti kerja yang mantap, harmoni dan sentiasa bersedia untuk berganding bahu pada bila-bila masa.
“Ingatlah prinsip 4P (Public, Private, People Partnership) yang saya pelopori sebagai asas kepada tadbir urus kerjasama yang inklusif dan berkesan,” jelasnya.

Sumber:Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Lokal

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam...

Lokal

Seorang doktor lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah stor penyimpanan gas di Jalan Kampung Undang, di Kuala Terengganu, pada Selasa. Mangsa...

Sosial

Baru-baru ini, tular sebuah kisah menyentuh hati melibatkan seorang suami, Khairul Azhar Jainal Abidin, 27, yang terpaksa reda akan pemergian arwah isterinya, Ain Farhana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd