Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dakwa Pelajar UPSI ‘Pergi’ Dalam Keadaan Berhutang, Guru Tampil Mohon Maaf

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dunia akibat kemalangan pada pagi Isnin lalu.

Dalam kenyataan kini telah dipadam, Khalid Yunus membuat dakwaan bahawa pelajar terbabit meninggal dunia dalam keadaan masih berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Foto: FB Khalid Yunus

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan warganet yang menganggap kenyataan itu sebagai tidak sensitif dan tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika keluarga mangsa masih dalam keadaan berduka.

Menyedari impak kenyataannya, Khalid kemudian mengambil langkah untuk memadamkan hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebooknya.

“Assalamualaikum, di sini,saya ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku kepada pelajar UPSI. Semoga mereka di tempat bersama orang² yang beriman & mendapat Husnul Khotimah,” tulisnya hari ini.

Namun, permohonan maaf itu tidak berjaya meredakan kemarahan segelintir netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai yang terus mengecam dan mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap guru berkenaan, serta tular di media sosial beberapa pengguna turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menyiasat latar belakang dan tahap kesihatan mental guru terbabit.

Terdahulu, media melaporkan kemalangan yang berlaku antara jam 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas selain pemandu serta tiga penumpang Alza.

Foto: Sinar Harian

Kejadian ini sekali lagi mengingatkan masyarakat tentang pentingnya menjaga adab dan empati dalam berbicara, khususnya di platform awam seperti media sosial. Dalam saat-saat duka, kata-kata mampu memberi kekuatan atau menambah luka.

Sumber: Facebook Khalid Yunus

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd