Seorang wanita berusia 40 tahun ditemui maut selepas dipercayai ditikam suaminya sendiri dalam kejadian tragis di kediaman mereka di Gual Ipoh di Kelantan, tengah hari tadi.
Isteri maut ditikam suami di rumah
Menurut laporan Berita Harian, insiden yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialami.

Foto: Sinar Harian
Artikel lain: Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia Akibat Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan Dua
Menurut sumber, lelaki berumur 63 tahun yang juga suami mangsa ditahan polis tidak lama selepas kejadian. Mangsa dipercayai ditikam menggunakan objek tajam sehingga menyebabkan kecederaan serius.
“Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) bagi tujuan bedah siasat,” ujarnya.

Foto: Sinar Harian
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah turut mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi, dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi berkenaan.

Foto: Sinar Harian
Sumber: Berita Harian ( Nor Fazlina Abdul Rahim)







































