Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Zara Qairina: Bunga Dan Lilin Tanda Solidariti Komuniti Cina Di Sabah

Suasana penuh hiba dan kesayuan menyelubungi Street Art & Graffiti Gallery di perkarangan Suria Sabah, baru-baru ini apabila rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Zara Qairina.

Bunga dan lilin tanda solidariti

Bermula sekitar jam 3 petang, lokasi seni jalanan ikonik itu dipenuhi orang ramai yang membawa bunga dan lilin sebagai tanda ingatan dan solidariti, sambil mengangkat tanda solidariti.

bunga

Foto: TT @mycomnewssabah

Ada yang datang bersama keluarga, ada yang hadir sendirian, semuanya berkongsi satu tujuan sama iaitu menyatakan sokongan moral kepada keluarga mangsa dan menyuarakan mesej bahawa keadilan perlu ditegakkan.

Artikel lain: Imam Dedah Jasad Zara Qairina Masih Utuh, Wajah Seperti Baru Semalam Dikebumi

Video berdurasi ringkas yang dimuat naik oleh akaun TikTok @mycomnewssabah memaparkan detik-detik penuh emosi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun dalam keadaan hujan, orang ramai tetap berdiri setia sambil memegang payung, malah ada yang sanggup berhujan tanpa payung demi menyalakan lilin atau meletakkan bunga di tapak memorial kecil yang dibina di tepi dinding seni grafiti tersebut. Setiap lilin yang dinyalakan seakan menjadi simbol doa.

bunga

Foto: TT @mycomnewssabah

Kes ini ternyata memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia. Dari Sabah hingga ke Semenanjung, rakyat daripada pelbagai bangsa dan agama turut sama berdoa, menzahirkan rasa simpati, dan mengharapkan keadilan ditegakkan.

Ia menjadi bukti bahawa kemanusiaan melangkaui perbezaan warna kulit, kepercayaan, atau bahasa. Selain bunga dan lilin, ada juga yang meninggalkan kad ucapan dengan kata-kata terakhir buat arwah, disertai tanda pagar #JusticeForZara sebagai simbol perjuangan menuntut kebenaran.

Bagi penduduk Sabah, acara ini bukan sekadar tanda simpati, tetapi lambang perpaduan yang begitu berharga. Ia membuktikan bahawa kasih sayang dan empati adalah bahasa sejagat yang tidak memerlukan terjemahan.

bunga

Foto: TT @mycomnewssabah

Di sebalik titisan hujan, cahaya lilin yang berkelip dan bunga yang mekar menjadi saksi bahawa kasih sayang mampu menyatukan hati yang berbeza. Doa dan harapan terus mengalir agar keadilan ditegakkan, dan semangat perpaduan ini kekal mekar dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.

Sumber: TikTok @mycomnewssabah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd