Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat Hantaran Jelik Berkaitan Mangsa Nahas TLDM, Lelaki Didenda RM23,000

Seorang lelaki didenda sebanyak RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping kerana membuat hantaran jelik di media sosial mengenai mangsa korban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini.

Menurut satu laporan Sinar Harian, Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhkan hukuman kepada Muhammad Saifuddin Shafik selepas dia membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Foto: Sinar Harian

“Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menggunakan aplikasi X miliknya secara sedar untuk membuat hantaran yang jelik dengan niat untuk menyakiti hati orang lain,” katanya.

Susulan pertuduhan tersebut, tertuduh yang bekerja sebagai peniaga dalam talian telah didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” ujarnya.

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu juga dilaporkan telah membayar denda berkenaan di Mahkamah Sesyen Taiping selepas dia disabitkan bersalah.

Foto: Media Sosial

Terdahulu, tertuduh telah membuat satu hantaran di X menggunakan akaunnya ‘Saifuddin Shafik @saishafik’ sekitar 1.15 petang, 23 April lepas, dimana beliau memberi satu respons ke atas hantaran seorang pengguna yang memuat naik video insiden helikopter TLDM yang terhempas sehingga mengorbankan 10 nyawa semasa raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd