Ahli kumpulan Aespa, Karina mohon maaf kepada peminat berhubung pengesahan mengenai hubungan percintannya dengan pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Jae Wook, baru-baru ini.
Permohonan maaf tersebut dibuat setelah hubungan percintaanya bersama pelakon drama Alchemy of Souls mendapat tentangan dan kecaman daripada peminat.
Tentangan dan kritikan itu dapat dilihat apabila kelab Karina Aespa di China menghantar sebuah trak dengan papan elektronik yang memaparkan mesej di hadapan bangunan SM Entertainment.
“Apakah cinta yang diberikan oleh penggemar (peminat) padamu belum cukup Karina? Kenapa kamu memilih untuk mengkhianat penggemar?
“Minta maaf secara langsung. Jika tidak, kamu akan melihat penurunan penjualan album dan jumlah kerusi peminat hadir menonton konsert,”protes peminat Karina Aespa.
Peminat juga menyifatkan perbuatan Karina itu sendiri yang telah menghancurkan karier seninya yang dibina sejak tiga tahun lalu.
Karina Aespa mohon maaf kepada peminat
Susulan itu, Karina atau nama sebenarnya Yu Ji-min mohon maaf secara terbuka kepada para peminatnya yang telah kecewa dengan kisah percintaannya bersama aktor berusia 25 tahun.
Ujar Karina, dia sedar tindakannya mendedahkan hubungan percintaan tersebut telah membuatkan ramai peminatnya kecewa dan terkejut.
“Hello, ini Karina. Pertama, saya ingin meminta maaf kerana telah mengejutkan kalian. Saya sangat terlambat (menulis surat ini) kerana saya tahu ramai dalam kalangan kamu semua terkejut.
“Saya tahu dan sedia maklum betapa kecewanya para peminat yang telah menyokong saya selama ini. Saya berasa sangat menyesal kerana saya sendiri memahami perasan itu dengan sangat baik,
“Dengan harapan, perasaan tersebut dapat disampaikan, maka saya memutuskan untuk menulis surat ini. Meskipun saya risau surat ini kaan melukakan peminat sekali lagi, saya mengambil risiko dan menulisnya..
“Saya ikhlas meminta maaf kerana kepada peminat yang telah memberikan musim dingin terhangat sejak debut. Saya ingin menebus segala luka yang dialami MY (peminat Aespa). Saya selalu memiliki perasan tulus kepada MY dan kalian selalu menjadi orang yang berharga bagiku,”tulisnya.
Di akhir surat itu, Karina Aespa berjanji akan menunjukkan sisi terbaiknya dalam dunia hiburan dan ‘comeback’ seterusnya pada masa akan datang.
Surat permohonan maaf Karina Aespa itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka berpendapat penyanyi berusia 23 tahun itu tidak perlu meminta maaf kepada peminat.
Mereka berkata, setiap orang berhak untuk bercinta dengan bebas tanpa mengira sebarang status terutama idol K-Pop.
Artikel lain: Baru Sebulan Berkenalan, Agensi Sahkan Lee Jae Wook & Karina Aespa Bercinta!
Sebelum ini, Karina dan Jae Wook dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu di Minggu Fesyen Milan pada Januari lalu.
Sumber: Instagram katarinabluu