Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Baru Raptai Perbarisan, Menjerit Tengok Abang Askar Tunjuk Otot Lengan!

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga warganet di media sosial.

Seorang pengunjung wanita memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya, @zerha.rha memperdengarkan suaranya menjerit gembira selepas melihat beberapa anggota ATM menayang otot lengan di atas jentera pertahanan, sambil berarak melintasi depannya.

“Ampunkan suara saya,” tulisnya di ruangan kapsyen pada Khamis.

Begitu juga dengan seorang pengguna TikTok, @raje.arif yang turut berkongsi satu video memperlihatkan sekumpulan anggota ATM bertubuh sasa berjalan dengan penuh gaya di lokasi acara.

Sementara itu, seorang pengguna aplikasi Threads @muhd.tarmimi memuat naik tiga keping gambar dengan kapsyen yang menyangka terdapat pengunjung mengalami histeria, namun difahamkan hanya jeritan apabila melihat anggota ATM bertubuh sasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ingatkan ada yang kena histeria panas-panas tadi, rupa-rupanya…,” tulisnya.

Seperti tahun sebelum ini, Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 bakal menarik tumpuan ramai lebih-lebih lagi dengan kehadiran anggota pasukan beruniform yang sinonim dengan memperagakan tubuh otot lengan mereka sehingga aksi berkenaan tular di media sosial.

Sumber: TikTok @zerha.rha & @raje.arif, Threads @muhd.tarmimi

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd