Seorang graduan wanita menjadi tular selepas memuat naik video di threadsnya, @wansyamzzz. Video kurang satu minit itu memaparkan dirinya berjalan perlahan memakai jubah konvokesyen lengkap sambil memegang ijazah Doktor Falsafah yang baru diterima pada 11 November 2025.
Bapanya tidak dapat hadir ke majlis graduasi kerana sedang menjalani rawatan dialisis. Walaupun begitu, wanita ini mahu memastikan momen bersejarah itu tetap dikongsi bersama insan yang paling banyak berkorban untuknya.
Artikel lain: Pemuda Terlantar Akibat Kemalangan, Sahabat Sarungkan Jubah Konvokesyen Di Hospital
Beberapa hari selepas graduasi, dia mengambil keputusan untuk ke pusat dialisis bapanya. Dalam video yang tular itu, dia menyerahkan ijazah sebagai hadiah, sambil menulis kapsyen penuh emosi,
“Abah tak dapat datang masa saya konvo tempoh hari, maka saya datang ke tempat dialisis abah untuk beri hadiah ini kepadanya. Abah… terima kasih untuk segalanya. Kami sayang abah.” tulisnya.
Senyuman bangga bapanya jelas terpancar walaupun sedang menerima rawatan, manakala momen itu menjadi detik penuh makna bagi graduan ini.
Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak ramai warganet yang tersentuh dengan kasih sayang antara anak dan bapa.
Kisah ini menjadi pengingat bahawa kejayaan bukan sekadar tentang sijil di tangan, tetapi juga tentang menghargai insan yang sentiasa menyokong kita dari belakang.
Saya tak sangka buat ramai sebak
Semoga abah diberi kekuatan
Congratulations Dr!
Sumber: Threads @wansyamzzz







































