Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bapa Al Fateh Mohon Doa Bayi Kembar 3 Masih Di NICU -“Kami Pasrah Dengan Ujian”

Bapa kepada seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska, Mohd Fikri Amri memohon doa agar bayi kembar tiga yang baru sahaja dilahirkan isteri, Sabrina Hakiem berada dalam keadaan stabil.

Bapa Al Fateh

Bapa Al Fateh maklumkan kembar tiga masih di NICU

Menerusi hantaran yang dikongsi Mohd Fikri, ketiga-tiga bayi kembarnya itu kini masih berada di NICU di Hospital Melaka memandangkan perlu diberi pantauan penuh susulan berisiko mengalami komplikasi disebabkan kelahiran yang pramatang.

“Saya dan isteri mohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak² triplet kami berdua yang kini masih berada dalam wad NICU/SCN di Hospital Melaka.
“Mereka lahir pramatang pada minggu ke 31 dan terdapat risiko tinggi berlakunya komplikasi bayi pramatang dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar yang merawat mereka,” ujarnya.

Bapa Al Fateh rayu pihak hospital lakukan prosedur sebaiknya

Dalam pada masa yang sama, Mohd Fikri turut berharap agar pihak hospital untuk melakukan prosedur sebaiknya agar tidak berlaku sebarang kecuaian.

Difahamkan, ketiga-tiga bayinya perlu berada di NICU sehingga cukup minggu ke-35 dan mereka suami isteri telah pasrah serta reda dengan sebarang ujian yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami merayu agar pihak Hospital Melaka melakukan prosedur yang sebaiknya dan elakkan sebarang kecuaian untuk memastikan mereka selamat.
“Triplet kini semuanya admit NICU/SCN sehingga cukup minggu ke 35. Walau apa pun yang berlaku kami pasrah dan redha dengan segala ujian, segala ketentuan dan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik buat kami,” tulisnya.

Artikel lain: Tahun Lalu Kehilangan Anak Akibat Kecuaian Taska, Ibu Bapa Al Fateh Timang Kembar Tiga

Sebelum ini, pasangan suami isteri berkenaan telah berkongsi khabar gembira diatas kelahiran kembar tiga selepas setahun anak lelakinya meninggal dunia di taska.

Pasangan ini menerima tajaan rawatan IVF daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas insiden yang begitu menyentuh hati tahun lalu.

Sumber: Facebook Mohd Fikry Amri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd