Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Polis Kena Marah, Kereta Peronda Rosak Tepi Jalan

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang pemandu bertindak memarahi dua anggota polis di Jalan Austin Heights 7/4 pada awal pagi Ahad lalu.

Kenderaan Anggota Polis Menglami Masalah Teknikal

Menurut satu posting di Facebook rasmi Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Jun sekitar jam 4.00 pagi ketika dua anggota dari Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Taman Setia Indah sedang melakukan rondaan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

anggota polis

Foto: FB Tang Ming Kun

Menurut beliau, semasa rondaan dijalankan, kenderaan tersebut mengalami masalah teknikal membabitkan sistem pendawaian yang menyebabkan kesemua lampu utama, termasuk lampu hadapan, belakang dan lampu mata arah (beacon light), gagal berfungsi sepenuhnya.

“Disebabkan kerosakan itu, kenderaan tidak dapat diteruskan perjalanan dan anggota terbabit berhenti di lokasi yang dianggap selamat bagi menunggu bantuan daripada Bahagian Penyelenggaraan,” katanya.

Namun, ketika menunggu bantuan tiba, seorang lelaki yang memandu kenderaan persendirian dilaporkan menghampiri kereta polis tersebut dan mempersoalkan kehadiran serta tindakan anggota berkenaan.

Berdasarkan video yang tular, kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan mendakwa kereta polis itu berhenti secara tiba-tiba di hadapannya tanpa sebarang lampu yang menyala, sekaligus membuatkan dia terkejut dan hampir melanggar kenderaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dadah Punca 59 Anggota Polis Dibuang Kerja Sejak Januari 2025

Dalam video itu, lelaki terbabit kedengaran memarahi anggota polis dan mempertikaikan tindakan mereka yang dianggap membahayakan pengguna jalan raya lain.

Anggota polis yang terlibat dilihat cuba memberikan penjelasan mengenai kerosakan kenderaan, namun lelaki tersebut tetap bertegas dan meniggalkan lokasi selepas insiden itu.

Setakat ini, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut, namun pihak berkuasa memandang serius penularan video berkenaan kerana ia boleh menjejaskan imej serta kredibiliti anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
anggota polis

Foto: FB Tang Ming Kun

Raub turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih di media sosial.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan kejadian boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd