Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anggap Neelofa ‘Orang Suci’, Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Kena Kecam

Pempengaruh media sosial Saby Rose, 30, akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman hebat berhubung kapsyen yang dimuat naiknya dua hari lalu.

Suci yang digunakan bermaksud seseorang yang baik hati

Permohonan maaf itu dibuat menerusi akaun Threads miliknya @sabyzrose yang mengakui dirinya tersilap menggunakan kosa kata hingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut Saby menjelaskan bahawa perkataan suci yang digunakan sebenarnya merujuk kepada seseorang yang baik hati dan bersih jiwanya.

suci

Foto: Threads @sabyzrose

Katanya dia langsung tidak berniat mengangkat sesiapa sebagai makhluk suci atau melampaui batas.

“Kita cakap suci kita maksudkan orang yang bersih hati. Kita doakan saja semua orang hati yang bersih dan baik hati. Kita ketepikan segala keburukan. Maaf sangat sebab salah guna kata,” tulisnya.

Kontroversi itu tercetus selepas Saby memuat naik gambar bersama selebriti terkenal Neelofa serta suaminya PU Riz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bapa Minta Maaf Gelar Anak ‘Mini Wife’, Perjelas Dakwaan Netizen Konten Dating Bersama

Dalam kapsyen tersebut Saby mengekspresikan rasa teruja hingga menyifatkan Neelofa sebagai “orang yang suci” sekali gus mengundang kritikan ramai.

“I macam tak percaya duduk sebelah vibe orang yang suci macam ni rasa. Terima kasih banyak kepada Abang Anas Zahrin yang sponsor tiket VIP sampai dapat jumpa Lofa.
Doakan saya istiqamah. Seronok tengok keluarga bahagia kejar agama. Saya nak jadi isteri syurga yang dapat barakah,” ujarnya.
suci

Foto: Threads @sabyzrose

Netizen kemudian membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi dan ada antaranya menyifatkan kapsyen itu keterlaluan.

Menurut Saby gambar berkenaan diambil ketika dia menunaikan umrah dan sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu pasangan itu. Jelasnya rasa teruja menyebabkan beliau tersalah memilih kata hingga mencetuskan salah faham besar.

Selepas penjelasan dan permohonan maaf itu rata rata warganet berharap Saby lebih berhati hati dalam menggunakan kata kata pada masa akan datang agar tidak mengundang kekeliruan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun tidak kurang juga yang memahami situasi tersebut yang disifatkan sebagai kekhilafan yang berlaku akibat keterujaan.

Suci ganti dengan orang baik-baik

suci

Ayat tu tak sesuai

suci

Belajar lagi, semoga kuat

suci

Sumber: Threads (@sabyzrose)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd