Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Seram Indonesia, Anak Kunti Bakal Ditayangkan Serentak Di Sembilan Negara

ST Media dengan kerjasama Drias Film Production, sebuah syarikat penerbitan dari Jakarta mempersembahkan filem seram terbaru berjudul Anak Kunti, arahan pengarah Indonesia iaitu Bambang Drias.

Anak Kunti bakal ditayangkan

Anak Kunti

Filem itu akan ditayangkan serentak di sembilan negara termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Pakistan, Bangladesh pada 20 Februari 2025, manakala di Thailand, Vietnam, dan India menjelang April 2025 dengan tambahan tayangan di Turki pada Jun 2025.

Sebagai usaha memperluas rangkaian kandungan kreatif ke peringkat antarabangsa, ST Media turut berganding dengan KipasKipas dan Horizon Film Entertainment dalam penerbitan filem ini.

Artikel lain: Filem Seram Bisikan Dosa Temui Penonton Di Pawagam 9 Januari Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain tayangan Gala di Kuala Lumpur pada Khamis, Anak Kunti akan mengadakan tayangan di Jakarta pada 11 Februari selain Surabaya pada 18 Februari 2025.

Berlatar tahun 90-an, Anak Kunti mengisahkan watak Sarah yang dipegang oleh Gisellma Firmansyah, seorang pelajar pondok yang menyelidik asal-usul keluarganya, di mana kepulangannya mencetuskan kemunculan Kuntilanak yang dipercayai ibu kandungnya.

Dengan tempoh tayangan 94 minit, filem tersebut menggabungkan elemen psikologi dan supernatural serta dilengkapi dengan teknologi audio Dolby Atmos untuk pengalaman menonton yang lebih imersif.

Filem ini merupakan kolaborasi pertama antara Afif Shari dan Furqan Adnan sebagai penerbit eksekutif bersama Drias Film Production.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah kolaborasi pertama saya dengan Bambang Drias. Hasilnya di luar jangkaan, dan saya yakin penonton akan terpesona dengan estetik sinematografi terutamanya naratif penceritaannya,” kata Afif Shari.

Sementara itu, Furqan Adnan turut meluahkan rasa terujanya.

“Sebagai peminat filem, ‘Anak Kunti’ bukan sekadar filem seram biasa namun ianya juga mempunyai lapisan cerita kritikan sosial yang boleh diangkat sebagai cerita seram yang unik,” ujarnaa.

Anak Kunti menampilkan Nita Gunawan sebagai Wati/Kuntilanak, Gisellma Firmansyah sebagai Sarah, Wavi Zihan sebagai Azizah, Abun Sungkar sebagai doktor pelatih muda, Iwa K sebagai Hasan serta ramai lagi.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Lokal

Majlis konvokesyen merupakan hari yang ditunggu oleh semua graduan malah ada juga yang tidak sabar melakukan sesi ‘pre-convo’ untuk mengabadikan momen terindah sepanjang berhempas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd