Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Aksi Aneh Jilat Lantai, Prince Syed Dedah Terpaksa Buat Live Minta Bantuan – “Call Family Tak Angkat”

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Gempak, Syed menjelaskan insiden itu berlaku ketika dia bersama tiga ahli keluarganya melalui satu keadaan ‘tidak menyenangkan’ yang berlarutan agak lama, sehingga mereka langsung tidak dapat menghubungi sesiapa untuk meminta pertolongan.

“Saya call family berkali-kali, tapi seorang pun tak angkat. Masa tu kami berempat memang dalam keadaan tak okay. Bila saya tersedar, saya dah terbaring di lantai. Kepala, badan semua sakit dan bengkak,” katanya.

Pemilik nama Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman itu berkata, dia kemudian merangkak mencari telefon yang tercampak sebelum cuba menghubungi keluarga dan kenalan semula, namun tidak berjaya.

Dalam keadaan terdesak itu, dia akhirnya membuat keputusan untuk membuat siaran langsung selama kira-kira sembilan minit sebagai cara memaklumkan kepada keluarga atau  kenalan yang mengenali serta tahu lokasi rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak fikir apa dah. Saya buka live sebab berharap jiran atau sesiapa yang tahu rumah saya boleh datang tolong. Atau sekurang-kurangnya keluarga dapat notification.
“Alhamdulillah, abang, kakak, ibu, jiran-jiran semua dapat notification dan terus datang. Mereka bawa saya keluar dari rumah sebab ada sesuatu yang tak elok dalam rumah tu,” ujarnya.

Jelas usahawan berusia 33 tahun itu, dia hanya benar-benar kembali sedar ketika sudah berada dalam kereta bersama abang sulungnya.

Menurutnya, keluarga sempat merakam keadaan sebenar sewaktu mereka datang menyelamatkan, dan rakaman itu sendiri membuatkan Syed berasa takut apabila ditonton semula.

Sumber: Astro Gempak (Amri Hassan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd