Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ buat kejutan besar dengan berjumpa dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi.
Peminat bola sepak terutama penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti tertanya-tanya apakah perancangan baginda selepas mengadakan pertemuan dengan tokoh dari negara berkenaan.
Foto: X @HRHJohorII
TMJ Buat Kejutan Besar
Selepas penemuan tersebut, TMJ yang juga pemilik JDT menyatakan sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi menerusi satu kenyataan di laman media sosial baginda.
Foto: X @HRHJohorII
“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi.
“Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi. Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini. Alhamdulillah,” tulis baginda.
Difahamkan, ketika ini TMJ sedang berada di Doha, Qatar untuk beberapa siri mesyuarat termasuk bersama individu terkenal dan berjaya dalam dunia bola sepak.
Foto: X @HRHJohorII
Artikel lain: FAM Umum Teraju Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya
Terdahulu, baginda telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Badr Mohammed Al-Meer dan Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Baginda juga ketika ini sedang menguruskan projek skuad kebangsaan selepas pengumuman pelantikan dua individu penting oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), iaitu pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara.
Pelantikan ini juga beserta dengan pengumuman lain termasuk beberapa jawatan dalam pengurusan Harimau Malaya yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sumber: X @HRHJohorII