Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Polis Terima 38 Laporan Kes Bendera Terbalik – “17 Di Pulau Pinang, 21 Lagi Negeri Lain..”

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak 38 laporan diterima berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata daripada jumlah tersebut, 17 laporan di Pulau Pinang manakala 21 laporan di negeri lain.

38 laporan kes bendera terbalik

38 laporan kes bendera terbalik

Foto: Berita Harian

“Siasatan ini merangkumi tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan rakaman tersebut di bawah Peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kertas siasatan telah dikemukakan kepada pejabat pendakwa raya, Pulau Pinang pada 11 Ogos lalu dan kini sedang dalam penelitian pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menasihati kepada semua pihak untuk membatalkan perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di Bertam, Kepala Batas.

Artikel lain: Pemilik Kedai Mohon Maaf, Nafi Sengaja Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik

38 laporan kes bendera terbalik

Foto: NST Online

Katanya, seruan itu untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara serta mengelakkan sebarang bentuk pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan.

“PDRM sentiasa komited untuk melaksanakan siasatan secara telus, integriti dan mengikut peruntukan undang-undang demi memelihara keamanan serta keharmonian masyarakat.
“Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan, sebaliknya terus menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak polis,” ujarnya.

Sumber: Facebook @Polis Diraja Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan di Lampu Isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri dan menghidap Major...

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Restoran diusahakan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung di Kampung Baru di sini, secara rasminya dibuka, hari ini. Pembukaan rasmi restoran itu...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd