Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

122 Projek Sambungan Dirancang Di Pulau Pinang Pada 2026, Menteri Harap Berjalan Lancar

Sebanyak 122 projek sambungan dirancang dilaksanakan pada 2026 di Pulau Pinang, merangkumi infrastruktur awam, kemudahan masyarakat dan projek khas ekonomi yang diharap dapat direalisasikan dengan lancar.

Susulan itu menurut laporan Bernama, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menggesa semua jabatan dan agensi pelaksana pada peringkat negeri dan Persekutuan digembleng secara bersepadu dengan semangat tanggungjawab bersama bagi memastikan setiap projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

122 projek sambungan

122 projek sambungan

“Sebagai negeri pesat membangun, keperluan terhadap infrastruktur moden dan sistem pengangkutan awam yang cekap semakin mendesak.
“Mobiliti yang baik bukan saja meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri, malah menyumbang kepada kualiti hidup lebih baik serta persekitaran lestari untuk generasi akan datang.
“Sehubungan itu, saya menantikan pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua (JSD), pembinaan tiang projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan banyak lagi inisiatif melalui kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2026.

Kon Yeow berkata, selaras usaha memperkukuh pertumbuhan industri bernilai tinggi, pelaksanaan projek strategik seperti Penang IC Design and Digital Park, Penang Chip Design Academy dan Silicon Research and Incubation Space dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta menarik pelaburan syarikat teknologi global.

Artikel lain: Makin Yakin Berbelanja! Van Pisang KPDN Pantau Harga, Aduan Selesai Dalam 24 Jam

Advertisement. Scroll to continue reading.

122 projek sambungan

Beliau berkata, sebagai negeri dengan ekosistem perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan yang matang, Pulau Pinang berpotensi memperkukuh ekonomi rakyat melalui sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), ekonomi sosial, keusahawanan tempatan serta pekerjaan berasaskan kemahiran tinggi dan sederhana.

Katanya, inisiatif seperti peningkatan kemahiran dan reskilling, sokongan kepada pekerja gig dan pemerkasaan komuniti bandar serta luar bandar akan memastikan pertumbuhan ekonomi tidak hanya tertumpu kepada pelaburan besar, tetapi turut dirasai secara langsung oleh isi rumah dan komuniti setempat.

“Ini boleh digerakkan melalui ekonomi hijau, industri kreatif, teknologi digital dan inovasi sosial yang membuka peluang pekerjaan baharu tanpa menjejaskan alam sekitar, dengan menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, keadilan sosial dan kelestarian.
“Pulau Pinang dapat membina ekonomi yang bukan saja berdaya saing pada peringkat global, tetapi juga memastikan setiap keluarga hidup bermaruah, selamat dan sejahtera menjelang 2030,” katanya.

Pada penggal terakhirnya sebagai Ketua Menteri, Kon Yeow bersyukur dan bangga dapat menyaksikan negeri itu terus melangkah maju serta berperanan signifikan dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, kekuatan Pulau Pinang bukan saja terletak pada kedudukan strategik dan warisan sejarah yang kaya, tetapi pada semangat serta keupayaan rakyatnya memacu pertumbuhan ekonomi mampan, berdaya saing, inklusif dan bersedia menghadapi perubahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berpaksikan Visi Penang 2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara serta selari dengan kerangka Malaysia MADANI, kerajaan negeri kekal komited merangka hala tuju pembangunan yang seimbang dan menyeluruh,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan tahap kebersihan serta imej bandar raya Kuala...

Lokal

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd