Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Ketua Warden Akui Arah Pelajar Angkat Arwah

Ketua Warden asrama, Azhari Abd Sagap, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau mengarahkan beberapa pelajar mengangkat Allahyarham Zara Qairina Mahathir sebaik sahaja tiba di lokasi mangsa ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Azhari berkata, ketika itu beliau baru tiba selepas menerima panggilan daripada pengawal keselamatan dan tidak menyedari kecederaan serius yang dialami mangsa.

warden

“Saya hanya nampak kaki kiri cedera. Selepas diangkat baru saya perasan ada kesan darah di bucu longkang,” katanya.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Pelajar Diarah Bersihkan Darah, Saksi Diminta Padam Gambar

Tambah warden itu lagi, empat pelajar bersama seorang pengawal keselamatan pada mulanya cuba mengangkat Zara, namun tidak berdaya kerana tubuh mangsa terlalu berat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya kemudian bantu bersama dua pelajar lain. Seorang pegang kepala, seorang lagi pegang kaki. Kami angkat dan bawa ke hadapan bilik warden, lebih kurang 20 meter dari tempat dia ditemui.
“Di situ lebih terlindung dan rata. Saya alas dengan kain pelikat sebelum letak arwah dengan hati-hati,” ujarnya.

warden

Azhari berkata, niat awalnya adalah menghantar Zara terus ke hospital menggunakan kereta, tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana keadaan tidak mengizinkan.

Menjawab pertanyaan kenapa mangsa tidak dibawa ke bilik sakit berhampiran lokasi kejadian, Azhari menjelaskan ruang itu bukan bilik rawatan sebenar.

“Memang tertulis bilik sakit tapi itu bilik ketua pelajar. Kalau saya letak di situ, pelajar lain dalam bilik akan trauma,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Izwan Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd