Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Warden Sahkan Pelajar ‘A’ Pindah Sekolah Selepas Kejadian

Selepas beberapa minggu tragedi kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu, seorang daripada rakan pelajar yang dikaitkan dengan insiden itu dilaporkan berpindah sekolah.

Salah seorang individu dituduh, pindah sekolah

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Warden asrama, Azhari Abd Sagap, mengesahkan perkara tersebut ketika memberi keterangan sebagai saksi kelapan prosiding inkues kematian Zara di Mahkamah Koroner hari ini.

Menurut Azhari, pelajar yang dikenali sebagai ‘A’ itu juga merupakan antara individu yang dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak atas kesalahan membuli arwah.

Artikel lain: Gambar Tular Di Media Sosial, Keluarga Nafi Anak Terlibat Dalam Kes Zara Qairina

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak mengetahui alasan atau punca perpindahan tersebut.

“Ya, pelajar A sudah pindah sekolah, tetapi bila dan kenapa saya tidak pasti. Itu bukan bidang tugas saya,” katanya.

Azhari turut mengakui mengetahui dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang difahamkan membekukan perpindahan pelajar selepas kes Zara, namun tidak dapat menjelaskan bagaimana pelajar A boleh diterima masuk ke sekolah lain.

pindah sekolah

Sementara itu, empat lagi pelajar lain yang dinamakan sebagai B, C, D dan E masih kekal di sekolah sama.

Mereka sebelum ini dikaitkan dengan pertemuan bersama Zara sehari sebelum insiden berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Azhari, tindakan pihak sekolah terhadap mereka hanyalah dengan menggunakan keterangan dan mengadakan sesi kaunseling.

Namun, katanya pelajar E yang merupakan ketua bilik tidak lagi menginap di bilik sama selepas insiden tersebut.

pindah sekolah

“Pelajar E memklumkan dia trauma, sebab itu dia tidk duduk di bilik itu lagi dan tidak lagi menjadi ketua bailik. 
“Hanya pelajar B, C dah yang masih menginap di bilik berkenaan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Izwan Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd