Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi.
Buat aksi tidak senonoh dalam siaran langsung
Menerusi hantaran yang dikongsi semula di Threads, wanita yang dikatakan sudah tidak mempunyai suami itu telah membuat siaran langsung menikmati minuman sambil melakukan aksi tidak senonoh sehingga membuatkan netizen yang menonton kurang senang.
Tak malu ke kalau keluarga tengok
Situasi tersebut sudah tentu menjadi bualan netizen di media sosial apabila rata-rata mengecam tindakan wanita terbabit memperlihatkan aksi kurang wajar lebih-lebih lagi secara siaran langsung.
Mereka juga mempersoalkan adakah ahli keluarga wanita terbabit tidak menonton siaran langsung ataupun rakaman video sebegitu sehingga dia tidak mempunyai rasa malu ataupun segan sewaktu beraksi berahi.
Tolong simpan sikit rasa malu
Memang minta kena viral agaknya
Kubur dah kata mari cik!
Artikel lain: “Nak Main Tetek?” – Netizen Geli Aksi Suami Gurau Tak Senonoh Dengan Isteri
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada wanita terbabit sama ada tindakannya itu memang disengajakan ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, lebih elok andai kita sama-sama menjaga perilaku terutama ketika berhadapan dengan orang ramai.
Sumber: Threads ishraf9797





































