Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA, Nora AlMatrooshi Sedia Terbang Ke Bulan

Nora AlMatrooshi menjadi wanita Islam pertama berketurunan Arab yang lulus latihan angkasawan di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat dan bersedia dihantar ke luar angkasa.

Menurut laporan AFP, wanita berusia 30 tahun itu masih mengingati pelajaran di sekolah rendah mengenai angkasa ketika gurunya menunjukkan simulasi perjalanan ke permukaan bulan.

“Kami keluar dari khemah, dan lihat dia (guru) mematikan lampu di dalam bilik darjah,” katanya.

Nora berkata, kejadian itu terus bergema dan melekat di fikirannya sekali gus melahirkan tekadnya untuk benar-benar berjalan di atas permukaan bulan.

Foto: FB NASA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Nora menjelaskan penyelidik NASA membangunkan Unit Mobiliti Extravehicular (EMU) bagi membolehkannya menutup rambut ketika memakai sut angkasa dan topi keledar agensi itu.

“Sebaik sahaja anda memakai EMU, anda perlu memakai topi (dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara untuk berkomunikasi) untuk menutupi rambut,” katanya.

Foto: FB NASA

Dia berkata, itu adalah cabaran dihadapinya untuk menanggalkan tudung, sebelum memakai topi komunikasi berkenaan, malah hanya bahan atau jenis kain tertentu yang dibenarkan secara khusus boleh dipakai di dalam EMU.

“Walaupun ketika itu topi sudah ditanggalkan tetapi rambut saya tetap terlindung. Saya sangat hargai mereka yang melakukan semua ini untuk saya,” tambahnya lagi.

Nora merupakan seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak, sebelum menjadi seorang daripada dua calon angkasawan yang dipilih oleh Agensi Angkasa Emiriah Arab Bersatu (UAESA) untuk menyertai latihan dengan NASA pada 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: KhaleejTimes

Sumber: AFP

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Sosial

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta Perodua Axia miliknya dihimpit dua ambulans di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya sehingga tidak dapat dikeluarkan,...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd