Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

UPNM Dicadang Rombak Pengurusan, Lantik Warden Dalam Kalangan Veteran ATM

Pihak pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digesa rombak bagi menangani isu buli dalam kalangan pelajar di institusi berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, bekas Ketua Perisik Tentera Darat, Datuk Khlir Mohd Nor menyifatkan, kes buli yang semakin banyak dilaporkan kebelakangan ini membuktikan kegagalan pihak pengurusan dalam mentadbir hal ehwal pelajar.

Foto: Berita Harian

“Jika kejadian sama masih berlaku berulang kali, masalah sebenar mungkin berpunca daripada pihak pengurusan.
“Dalam tentera, tidak kiralah di pusat pengajian atau maktab sekali pun memang akan ada budaya (buli) ini tetapi apa yang berlaku sekarang sangat teruk kerana sudah meragut nyawa.
“Jika betul untuk eratkan silaturahim ini bukan caranya, ada banyak lagi kaedah yang betul. Jadi, di sini saya lihat kegagalan itu berpunca daripada pihak pentadbiran sendiri,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menyatakan bahawa institusi pendidikan sepatutnya mempunyai mekanisme untuk menangani masalah buli.

Tambahnya lagi, sebelum ini jenayah ini sudah meragut nyawa seorang penuntut UPNM tetapi seolah-olah tiada tindakan tegas diambil untuk menghentikan gejala tersebut.

“Bagi mengelakkan perkara ini terus berulang, satu perubahan besar perlu dilakukan terhadap pihak pengurusan UPNM, bermula dengan pelantikan warden di asrama penuntut.
“Saya cadangkan supaya lantikan warden terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mereka ini mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang ini.
“Ramai askar pencen yang berusia 40 ke 50 tahun tiada kerjaya kedua, jadi dengan lantikan sebagai warden ini sekali gus memberi peluang kepada veteran ATM untuk menampung perbelanjaan keluarga,” ujarnya.

Foto: Instagram @themerdekatimes

Menurut beliau juga, selain rombakan pihak pengurusan, institusi pendidikan tinggi harus mempunyai mekanisme yang sesuai untuk mencegah gejala buli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inisiatif tersebut boleh dilakukan mengikut kesesuaian seperti memasang ‘mata-mata’ untuk memantau sekiranya ada kes buli.

“Pelajar baru memang akan takut dengan senior sebab kalau bocorkan maklumat mungkin mereka pula akan dipukul.
“Jadi, warden atau pihak pengurusan kena bijaklah fikir solusi kepada masalah ini. Selepas ini, jika masih berlaku kejadian sama, bukan pelajar sahaja dibuang daripada institusi tetapi pihak pengurusan sekali,” tegasnya.

Foto: theSun

Sebelum ini, polis dilaporkan sedang menyiasat kejadian membabitkan seorang penuntut UPNM berusia 19 tahun yang disyaki dipijak oleh penuntut senior tahun tiga sehingga retak tulang rusuk dan tulang belakang belakang badan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari juga berkata, sistem pentadbiran di UPNM akan ditambah baik termasuk dengan menambah bilangan warden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

“Pendekatan menambah bilangan warden ini dibuat sejak kejadian pertama membabitkan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017,” kata Adly pada Sabtu lalu.

Sumber: Sinar Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd