Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Umat Islam Di Yogyakarta Sudah Mula Solat Tarawih, Puasa Semalam

Sejumlah umat Islam di Yogyakarta sudah mula solat Tarawih dan berpuasa semalam susulan tularnya video mereka menunaikan ibadah tersebut di sebuah masjid dikenali sebagai  Masjid Aolia daerah Panggang, Yogyakarta.

@sekilas_gunungkidul

Sholat Tarawih pertama di Gunungkidul nih… Jama’ah Masjid Aolia di Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menggelar Sholat Tarawih malam ini. Perayaan 1 Ramadhan Jama’ah Masjid Aolia ini akan dimulai pada Hari Kamis 7 Maret 2024. Sholat Tarawih sendiri dilaksanakan dengan 23 raka’at lengkap dengan Sholat Witir. Daerahmu kapan menjalankannya wirrr… #sekilas_gunungkidul #sekilasgunungkidul #gunungkidul #GUNUNGKIDUL #panggang #ramadhan #ramadhan2024 #sholattarawih #tarawih

♬ suara asli – sekilas_gunungkidul – sekilas_gunungkidul

Solat Tarawih & Witir masih sama, 23 rakaat

Memetik laporan dari detik.com, Imam masjid berkenaan iaitu KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dikenali sebagai Mbah Benu memaklumkan solat Tarawih yang dilakukannya bersama jemaah yang lain adalah sama sahaja dengan yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya. Masing-masing ada imam. Wakilnya saya,” 
“Solat  Tarawih dengan saya dan witir sebanyak 23 rakaat. Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” katanya.

Artikel lain: Solat Tarawih ‘Kilat’, 20 Rakaat Beserta Witir Selesai Dalam Masa 7 Minit

Difahamkan para jemaah  menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadan itu di masjid yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah Mbah Benu.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Gunungkidul, Sa’ban Nuroni memaklumkan yang pihak mereka akan terus memudahkan jemaah Masjid Aolia untuk mengerjakan ibadah walaupun terdapat perbezaan pendapat disitu.

Mereka juga memohon agar orang ramai menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia memandangkan terdapat perbezaan pendapat disitu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: detik.com, TikTok sekilas_gunungkidul

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd