Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya melaksanakan 615 jumlah operasi berkala dengan memastikan kehadiran aset-asetnya di Kawasan Operasi Maritim (KOM) sebilang.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain berkata kejayaan ini tetap diraikan walaupun Tahap Kesiagaan TLDM masih berada di bawah sasaran iaitu 56.52% berbanding sasaran 75%.
“Pencapaian ini membuktikan Armada TLDM sentiasa siap siaga dan mampu memenuhi tuagsan yang telah diamanahkan,” katanya dalam Perutusan Tahun Baru 2025 Panglima Tentera Laut pada Selasa.
Perutusan Tahun Baru 2025 Panglima Tentera Laut
Bagi aspek pengurusan audit pula, sebanyak 37 markas dan unit telah menjalani Audit Kesiapsiagaan dan 35 daripadanya telah mencapai penarafan 4 bintang dan keatas iaitu bersamaan 94.59% berbanding 97.22% pada tahun 2023.
Ujar Zulhelmy, pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kesiapsiagaan markas dan unit menurun berbanding tahun lalu dan beliau berharap pencapaian ini dapat dipertingkatkan pada tahun 2025.
Sementara itu, TLDM telah berjaya membelanjakan 100% peruntukan yang diterima sebanyak RM1.676 bilion bagi aspek Pengurusan Kewangan.
Bagi tahun ini, TLDM telah diperuntukkan sebanyak RM1.761 bilion bagi Belanja Mengurus (OE) dengan peningkatan sebanyak RM84.93 juta.
“Bagi memastikan perbelanjaan dioptimumkan, saya mahukan setiap Pengurus Pusat Tanggungjawab (PTJ) merangka strategi dan rancangan perbelanjaan yang teliti bagi memastikan peruntukan ini dapat dibelanjakan sebaiknya serta berhemah,” ujarnya.
Dalam pada itu, TLDM akan terus memacu usaha untuk meningkatkan keupayaan dan memperkasakan armadanya, selaras dengan Pelan Pembangunan yang telah direncanakan.
Projek Littoral Combat Ship (LCS) juga kini sedang giat dilaksanakan mengikut perancangan yang disusun semula dan dijangka menerima kapal pertama daripada lima buah yang sedang dibina pada penghujung tahun 2026.
“Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah menganugerahkan kontrak perolehan tiga buat Littoral Mission Ship Batch Kedua (LMSB2) kepada syarikat Savunna Teknolojileri Mühendislik (STM) pada 7 Jun 2024.
“Projek yang dijangka mengambil masa selama 40 bulan ini berjalan dengan lancar serta mengikut perancangan yang ditetapkan.
“Alhamdulillah, upacara First Steel Cutting juga telah dilaksanakan di Istanbul, Turkiye pada 4 Disember 2024 yang lalu,” kongsinya.
Pada masa yang sama, TLDM juga sedang giat melaksanakan projek perolehan 13 buah Fast Interceptor Craft (FIC) sebagai force multipliers yang dilaksanakan dalam tiga fasa.
Artikel lain: Anggota Tentera Maut, Kereta Dipandu Bertembung Treler
Sebanyak empat buah FIC Fasa Pertama telah dilaksanakan penerimaan pada 2 Februari 2024 yang kini ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur.
TLDM juga sedang melaksanakan perbincangan dan rundingan lanjut antara Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi menyelesaikan beberapa isu yang masih belum dimuktamadkan bagi pembangunan MAWILLA 4.
“Tentera Laut Diraja Malaysia berharap agar proses ini dapat disegerakan demi memastikan pembanunan MAWILLA 4 dapat direalisasikan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Perutusan Tahun Baru 2025 Panglima Tentera Laut tekankan Empat Teras demi hadapi 2025
Manakala, dari sudut pembangunan modal insan, seramai 420 pegawai dan 3,860 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah dinaikkan pangkat sepanjang tahun 2024.
“Saya percaya kenaikan pangkat ini sesuai dengan komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh warga the Navy People terhadap perkhidmatan.
“Dari aspek Pembangunan Infrastruktur pula, TLDM telah berjaya melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang mana saya yakin, semua warga the Navy People akan menerima manfaat daripada kerja-kerja pembaikan dan naik taraf kemudahan serta infrastruktur ini,” ujarnya.
Susulan itu, bagi menghadapi tahun 2o25, Zulhemy menyeru seluruh warga TLDM untuk terus memberi keutamaan terhadap Empat Teras Utama iaitu memastikan kesiagaan armada sebagai fokus utama dan memperkasa penjajaran pelan transformasi TLDM 15to5 (Platform.
“Selain itu, mengukuhkan integrasi dan sinergi antara angkatan serta Jointness dan yang keempat, memperkasa pengurusan sumber manusia,” katanya.
Tambahnya, bagi mengukuhkan keempat-empat teras itu, beliau berkata terdapat tiga keutamaan yang perlu ditekankan iaitu memperkukuhkan nilai integriri, mengkaji dan membangunkan Dasar, Polisi serta Proses Kerja Semasa agar lebih relevan dan efisien serta Back to Basics.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan TLDM menggalas tanggungjawab besar dengan menjadi tuan rumah bagi penganjuran LIMA ’25 yang akan berlangsung dari 20 hingga 25 Mei 2025.