Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Dedah Rasa Tidak Puas Hati Punca Penuntut Dikelar Bekas Teman Lelaki

Tidak puas hati, punca penuntut dikelar

Punca kejadian seorang penuntut wanita dikelar oleh bekas teman lelaki di sebuah universiti swasta di Subang Jaya pada Isnin sudah dikenali pasti, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.

Tidak puas hati, punca penuntut dikelar

Tidak puas hati, punca penuntut dikelar

Foto: Malaysia Bangkit

Menurut laporan Sinar Harian, hasil siasatan awal mendapati perselisihan faham menjadi punca dimana suspek tidak berpuas hari dengan bekas teman wanitanya lalu mengambil tindakan untuk menyerang mangsa.

“Suspek dipercayai marah kerana mendakwa bekas teman wanitanya telah menipu dengan mengatakan bahawa suspek menghalangnya daripada keluar dari rumah.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca lain yang mungkin berkaitan dengan kejadian ini,” kata Wan Azlan hari ini.

Beliau turut memberitahu, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan manakala mangsa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Tidak puas hati, punca penuntut dikelar

Foto: The Sun Malaysia

“Jumlah saksi bagi siasatan kes ini masih dalam tindakan pegawai penyiasat.
‘”Mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital,” jelasnya.

Artikel lain: Penuntut Universiti Swasta Cedera Dikelar Bekas Teman Lelaki, Suspek Direman Hari Ini

Difahamkan, mangsa merupakan penuntut warga asing berusia 20 tahun tercedera selepas dikelar menggunakan pisau dibahagian leher oleh bekas teman kekasihnya yang juga penuntut di universiti sama.

Untuk rekod, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd