Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Sering Catat Nama Pelajar Tidak Solat Punca Mangsa Tidak Disukai – Saksi

Seorang saksi kanak-kanak yang dipanggil memberi keterangan dalam prosiding Inkues Zara Qairina Mahathir mendedahkan, kebanyakan pelajar tidak menyukai perwatakan arwah kerana tindakannya mencatat nama mereka yang tidak menunaikan solat berjemaah di surau.

Zara catat nama pelajar tidak solat berjemaah

Menurut laporan Sinar Harian, peguam yang mewakili keluarga mangsa, Rizwandean M Borhan berkata, saksi ke-15 itu memberitahu Mahkamah Koroner bahawa Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu, sebenarnya seorang yang ceria, suka bercakap serta menegur rakan-rakan dengan cara baik.

Arwah juga bercita-cita untuk menjadi Badar, iaitu pengawas surau.

catat nama

Namun, tindakan Zara mencatat nama pelajar yang culas menunaikan solat berjemaah dikatakan menjadi punca segelintir rakan tidak menyukainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saksi itu juga memaklumkan Zara menganggap seorang pelajar senior sebagai kakaknya dan rapat dengan senior berkenaan.

Artikel lain: Saksi Dedah Zara Qairina Sering Ungkap Mahu Cederakan Diri, Kerap Disyaki Mencuri

Menyentuh insiden malam 15 Julai lalu, saksi berkata Zara mengetuk pintu dorm sekitar jam 10.20 malam untuk meminta izin masuk. Pada awalnya, arwah datang berhubung kes kecurian barang seorang pelajar lain, namun kelihatan ketakutan ketika itu.

Tidak lama kemudian, empat pelajar lain masuk ke dorm berkenaan dan terus menuju ke arah Zara yang sedang duduk di lantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah seorang daripada mereka memarahi mangsa dengan jeritan kasar termasuk mengeluarkan kata kesat, manakala seorang lagi hanya menegur.

catat nama

“Keadaan ketika itu sangat tegang. Zara menangis tetapi tiada pelajar lain yang berani menenangkan,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa pelajar turut memeriksa almari loker Zara dan menemui seutas pin bendera milik pelajar lain di dalam begnya. Penemuan itu menyebabkan pelajar senior terbabit bertambah marah terhadap arwah.

Prosiding akan bersambung pada 7 Oktober ini dengan keterangan saksi ke-16 iaitu seorang lagi kanak-kanak.

catat nama

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada awal pagi 16 Julai sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Sosial

Selepas mencuri tumpuan ramai dengan keputusan 11A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Fakhrul Iman Zainudin, 18, meminta orang ramai agar turut meraikan kejayaan rakan-rakannya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd