Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terengganu Catat Peningkatan 3.8% Kes Jenayah Seksual

Terengganu catat peningkatan kes jenayah

Terengganu merekodkan peningkatan 3.8 peratus kes jenayah seksual bagi tempoh 1 Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas

Terengganu catat peningkatan kes jenayah

Terengganu catat peningkatan kes jenayah

Foto: thesun.my

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Khairi Khairuddin memberitahu, kes rogol dan sumbang mahram mencatatkan kes tertinggi sebanyak 108 kes jenayah seksual dilaporkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 104 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Khairi juga mendakwa mangsa yang terlibat berusia dalam lingkungan lima hingga 27 tahun, manakala suspek berumur antara 15 hingga 72 tahun, dan sebahagiannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

“Kes rogol meningkat kepada 41 kes pada tahun ini berbanding 37 kes tahun lepas, manakala sumbang mahram pula bertambah kepada sembilan kes tahun ini berbanding lima kes tahun lepas.
“Antara faktor penyumbang, kurangnya kepekaan ibu bapa tentang trend jenayah semasa melibatkan kanak-kanak serta kurang perhatian daripada ibu bapa dan ahli keluarga sehingga mangsa takut untuk menceritakan perkara sebenar,” kata Khairi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.

Beliau juga menasihati ibu bapa perlulah memantau gajet anak-anak supaya tidak terdedah dengan masalah sosial manakaka masyarakat pula perlulah lebih peka memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan dengan masalah ini.

Terengganu catat peningkatan kes jenayah

Foto: Majlis Keselamatan Negara

Dalam perkembangan berlainan, Khairi memaklumkan polis telah menahan 14 suspek dan merampas 25 motosikal serta sebuah kereta dalam Op Lejang Khas yang dijalankan bermula 18 hingga 30 Jun.

Artikel lain: Kerajaan Terengganu Ambil Dua Mangsa Nahas Bas UPSI Jadi Anak Angkat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata ia hasil pemeriksaan terhadap 382 individu, 622 motosikal dan 26 kereta di beberapa lokasi, termasuk premis kedai, bengkel dan stor barang lusuh.

“Op Lejang Khas menyasarkan tindakan penguatkuasaan dan pencegahan terhadap jenayah harta benda.
“Sebanyak 14 suspek lelaki, berusia antara 17 hingga 42 tahun yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend, Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd