Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemilik Restoran Di Jitra Tawar Ganjaran RM30,000 Kepada Pemberi Maklumat Kes Zara Qairina

Pemilik Restoran Tok Keramat, Haji Sobri Haji Zakaria tawar ganjaran wang tunai sebanyak RM30,000 kepada mana-mana individu yang dapat menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya pelaku yang terlibat dalam kes Zara Qairina Mahathir.

Menurut hantaran yang dimuat naik beliau di TikTok, ganjaran itu hanya akan diberikan setelah pelaku terbabit berjaya dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman.

Tawar ganjaran

Tawar ganjaran

“Wahai adik Zara Qairina, andai kami kalah dalam memperjuangkan hak mu di dunia, maafkan kami.. sesungguhnya kami rakyat Malaysia bahkan dunia juga telah bersungguh-sungguh memperjuangkan hak dan menegakkan kebenaran mu.
“Kami dari Restoran Tok Keramat Jitra juga akan memberi ganjaran sebanyak RM30k kepada sesiapa yangg dapat memberi maklumat tentang kes adik Zara Qairina hingga tertangkap dan dihukum.
“Ya Allah, jadikanlah syurga sebagai tempat beristirehat kepadanya,” katanya pemilik restoran yang dikenali sebagai Haji Sobri Haji Zakaria.

Sejak kebelakangan ini, kes kematian Zara Qairina mendapat perhatian ramai apabila mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustaph itu menghembuskan nafas terakhir pada keesokkan harinya akibat kecederaan serius dan dipercayai menjadi mangsa buli pelajar lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Demi mendapatkan kepastian dan keadilan, ibu mangsa iaitu Noraidah Lamat menerima kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk penggalian semula kubur anaknya bagi menjalani bedah siasat.

Artikel lain: Ulama Yemen Ziarahi Pusara Zara Qairina, Titip Doa Buat Arwah

Tawar ganjaran

Ibu Zara Qairina

Pasukan forensik mengambil masa selama lapan jam bagi melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

Sumber: TikTok @tokkeramatjitra

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Sosial

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Menerusi satu hantaran di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd