Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tan Lee Bee Sebak Diiktiraf, 4 Dekad Jadi ‘Pejuang Senyap’ Kerana Adik

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam satu istiadat penuh istiadat di Istana Negara, hari ini.

Tan Lee Bee terharu dengan pengiktirafan yang diterima

Memetik laporan dari Bernama, beliau yang terharu menangis kegembiraan apabila sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini.

“Saya rasa gembira, terharu, ingin menangis juga … saya rasa amat bersyukur,”
luahnya.

Tan Lee Bee

Tan Lee Bee mahir bahasa isyarat kerana adik

Berkongsi tentang mengapa dia mahir dan menekuni bahasa isyarat, Tan Lee Bee menyatakan tindakannya bukan mengejar anugerah, atau nama, sebaliknya berpunca daripada kasih seorang kakak kepada adiknya yang pekak.

“Saya mempunyai seorang adik kurang upaya pekak …. Saya belajar bahasa isyarat kerana adik saya. Seterusnya saya mula bertugas sebagai seorang guru untuk orang pekak,” katanya.

Kredit foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tan Lee Bee 17 tahun bergelar guru bahasa isyarat

Tan yang pernah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun telah mencipta sejarah apabila menjadi jurubahasa isyarat mahkamah pertama di Malaysia pada tahun 1994.

Kerjayanya dalam dunia penyiaran pula bermula seawal 1985, apabila muncul di kaca TV menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia, dan kemudiannya menjadi wajah tetap dalam siaran berita RTM serta video komunikasi rasmi kerajaan.

“Pengiktirafan ini bukan hanya untuk saya seorang, tetapi juga simbolik penghormatan kepada setiap jurubahasa yang bekerja dalam senyap demi keterangkuman yang lebih adil di Malaysia,”
katanya penuh makna.

Artikel lain: Selamatkan Mangsa Bot Terbalik Di Teluk Batik, Wira TLDM Terima Pingat JPP Daripada Agong

Selain di RTM, khidmat Tan turut diperlukan oleh syarikat korporat yang mempunyai pekerja kurang upaya bagi tujuan mesyuarat, taklimat dan penerangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berangkat pada majlis itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, dan turut hadir beberapa kenamaan termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Johari Abdul, dan Datuk Fahmi Fadzil.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd