Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh, tak ganggu proses inkues – AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek kes buli Zara Qairina Mahathir.

Dalam satu kenyataan hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keterangan yang ada hasil penelitian kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha itu.

Suspek kes buli Zara Qairina

Suspek kes buli Zara Qairina

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” kata AGC dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kematian Zara Qairina kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina Ditentukan September, 195 Saksi Dipanggil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek kes buli Zara Qairina

Beliau berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas pihak polis selesai merakam keterangan daripada 195 saksi.

Terbaharu, Mahkamah Koroner menetapkan prosiding inkues kematian Zara bermula bulan depan bagi menentukan punca punca kematian termasuk meneliti kemungkinan wujud unsur jenayah.

Sumber: Facebook @Jabatan Peguam Negara

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd