Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Sumpah Demi Allah..”- Peniaga Nasi Ayam Claypot Nafi Guna Bahan Tak Halal

Sebelum ini, kecoh di media sosial memaparkan sebuah restoran nasi ayam claypot didakwa menggunakan ‘rice wine’ dalam masakkkannya sehingga berjaya mendapat perhatian ramai.

Enggan terus berdiam diri, menurut laporan Harian Metro, pemilik restoran tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Muzakin, menafikan dakwaan yang dilemparkan netizen namun, mengakui perniagaanya itu masih belum mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Sumpah demi Allah SWT saya tidak menggunakan bahan terlarang seperti ditularkan netizen. Ini maruah saya dan sebagai umat Islam saya bertanggungjawab serta ikhlas berniaga untuk rezeki halal keluarga.
“Saya mengaku premis saya memang tiada sijil halal daripada Jakim tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama. Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah Muslim dan saya tahu tanggungjawab, malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Muzakin memberitahu dua botol yang digunakan adalah minyak bijan walaupun kilang pengeluar barang terebut tiada sijil halal namun bahannya diyakini tiada yang terlarang.

“Dua botol itu adalah minyak bijan dan apabila guna dua botol secara terus, saya akan dapat titisan minyak berganda tanpa banyak kali menuangnya cuma saya akui kilang (pengeluar minyak bijan) itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.
“Kalau kata saya memasukkan bahan terlarang dalam botol minyak bijan itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi, jadi macam mana saya masukkan bahan itu.
“Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal,” katanya lagi.

Meskipun bertalu-talu dikecam, dihina dan difitnah, Muzakin tetap memaafkan orang ramai memandangkan setiap manusia mempunyai khilaf masing-masing termasuklah dirinya yang kini diuji dalam mencari rezeki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila sudah tular dan terkenal seperti ini saya sudah cakap dengan isteri (Rotiya Ropai, 49) nanti mesti akan ada fitnah dan ia memang betul berlaku tetapi saya tidak sedih atau takut hilang pelanggan kerana rezeki Allah yang bagi.
“Macam-macam orang cakap tentang kami hingga mengaitkan asal usul kami. Saya orang Malaysia dan pemegang kad pengenalan biru tetapi saya tidak malu mengaku keturunan saya dari Indonesia dan isteri pula memang asal Surabaya.
“Saya tidak marah dan bersedia menjawab semua soalan pelanggan kerana saya ikhlas berniaga dan bertanggungjawab dengan perniagaan saya. Apa saja pelanggan mahu kepastian boleh tanya saya terus dan saya akan jawab jujur,” luahnya.

Terdahulu, sepasang suami isteri Muslim yang tular di media sosial di Sri Petaling telah didakwa menggunakan bahan tidak halal bahkan, pihak Jakim mengesahkan premis mereka tidak mempunyai sijil halal.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi dan Suhaila Khairie)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd