Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

STPM 2024: Pelajar Autisme Raih Keputusan PNGK 4.0

Kisah kejayaan Alam Haikal Jansari Anuar, 20, membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan dimana dia dilahirkan dengan autisme dan hanya mula pandai membaca pada usia 10 tahun namun mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Satu-satunya pelajar terbaik STPM kategori OKU

Menurut laporan Sinar Harian, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang itu bukan sahaja memperoleh semua A serta Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0, malah muncul sebagai pelajar terbaik sekolah walaupun satu-satunya calon STPM daripada kategori orang kurang upaya (OKU).

STPM

Foto: Utusan Malaysia

Anak ketiga daripada enam beradik itu menetap di Kampung Air Berlaga, Machang.

Dalam STPM, Alam Haikal memperoleh A dalam subjek Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah, dan Pengajian Perniagaan serta A- bagi Bahasa Melayu.

“Saya tak sangka dapat keputusan sebegini. Sasaran saya cuma PNGK 3.5 sahaja,” katanya.

Menurut Alam Haikal, dia mengamalkan rutin pembelajaran yang konsisten dengan mengulangkaji selama enam jam setiap hari, dari 4 petang hingga 7 malam dan sambung semula dari 3 hingga 6 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dia tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajud selain menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai rutin harian.

STPM

Foto: Sinar Harian

Bagi menguasai setiap subjek, Alam memilih pendekatan belajar yang berbeza-beza dan menumpukan hanya pada satu mata pelajaran setiap hari.

Artikel lain: STPM 2024: Pelajar Orang Asli Raih PNGK 4.00, Atasi Cabaran Tiada Internet Dan Elektrik

Mempunyai cita-cita untuk bergelar guru, Alam percaya bahawa fokus, usaha dan doa menjadi kunci utama kejayaannya.

“Saya mahu buktikan bahawa pelajar OKU juga mampu bersaing dan berjaya,” ujarnya.

Sementara itu, ibunya Norlaila Ismail, 54, menyifatkan kejayaan Alam Haikal sebagai satu anugerah yang amat bermakna buat keluarga mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
STPM

Foto: Sinar Harian

“Jika dia diterima masuk ke universiti, dia akan jadi anak pertama kami menjejakkan kaki ke menara gading,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi bahawa tiga daripada enam anaknya adalah OKU, namun perkara itu tidak pernah melunturkan semangat mereka sebagai ibu bapa untuk terus menyokong dan mendoakan kejayaan anak-anak.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd